01 October, 2020

ARLOJI (Siri 115)

Jam Tangan Crocodile CR544G

Artikel untuk kesekian kali ini merupakan seutas jam tangan lelaki berjenama Crocodile.


Kerangka daripada stainless steel berbentuk bulat. Dail pula hitam manakala case, marker dan hands berwarna emas.



Penampilan dress watch yang dipaparkan ringkas tetapi menarik. Produk analog 3 hands ini bermesin quartz dioperasikan dengan sebiji bateri.


Tarikh ada pada kedudukan pukul 6. Water resistant item 3 ATM. Terdapat lambang buaya dan beberapa maklumat asas berkenaan jam di caseback.


Cermin jam rata menggunakan hardened crystal. 'Tombol' pelarasan masa dan date di posisi pukul 3.


Tali model yang diperkenalkan bersaiz 22 milimeter diperbuat daripada kulit asli.


Pada bahagian atas buckle tertulis perkataan Crocodile manakala di bawahnya stainless steel.

15 September, 2020

ARLOJI (Siri 114)

Seiko 5 Sports SNZF15J1


Seiko 5 Sports ini dikenali sebagai sea urchin. Saya kurang pasti mengapa model SNZF15 digelar sedemikian.


Sudah lama saya berkenan dan ingin mendapatkan versi ini. Beberapa tahun lepas saya pernah cuba membelinya daripada penjual di Johor namun gagal. Seingat saya, transaksi tersebut tidak berjaya kerana sambungan wi-fi lemah.


Rupa bentuknya bulat, ringkas dan kemas. Diameter case pula berukuran sederhana sesuai untuk pergelangan tangan lelaki Asia. Menurut saya, Seiko SNZF15 ada sifat homage dan diver look.


Dail jam berwarna gelap. Marker dan hands bersalut lumibrite yang terang serta tahan lama. Selain penunjuk waktu, landak laut turut dilengkapi hari dan tarikh. Bezel Pepsi ringan, berputar secara sehala dengan 120 klik.

Crown berjenis pull/push di kedudukan pukul 3. Saiznya agak besar memudahkan pelarasan fungsi jam. Sisi crown dilindungi oleh crown guards. Produk analog ini ditala oleh movement  caliber 7S36 dengan 23 jewels. Mesin mekanikal 7S36 cuma self-winding  namun terbukti reliable. Caseback berjenis see-through.


Tahap rintangan air ialah 100 meter bersamaan 330 kaki. Sea urchin yang saya perkatakan made in Japan. Keseluruhan jam diperbuat menggunakan stainless steel kecuali cermin daripada hardlex crystal.


Mutu buatan bracelet juga baik walaupun tidak solid. Pada bahagian safety clasp ada tulisan SEIKO.


Saya membeli item di atas ketika jualan ulang tahun kelapan Lazada iaitu pada 27 Mac 2020. Tempoh jaminan jam ialah setahun (seller warranty).

01 September, 2020

ARLOJI (Siri 113)

Menara Jam (Edisi 8)

Bangunan Sultan Abdul Samad
Mercu tanda bersejarah ini terletak di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Lokasinya strategik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.


Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada era kolonial masih kekal hingga sekarang. Building yang dipaparkan tergolong dalam 'bangunan warisan'. Di hadapannya ialah Dataran Merdeka.



Pelbagai program peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa berlangsung di sini. Antaranya ialah perarakan Hari Kemerdekaan, perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi dan sebagainya.



Terdapat sebuah menara jam pada bahagian atas bangunan ini.





Mengikut maklumat yang saya perolehi, jam buatan England ini telah beroperasi lebih daripada 100 tahun. Jam yang ada dijaga oleh kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).




Masa yang ditunjukkan tepat dengan waktu sebenar Malaysia. Para petugas yang bertanggungjawab perlu memastikan jam besar terus berfungsi secara manual.



Gambar-gambar diambil pada Hari Raya Aidifitri 2020. Cuaca ketika itu mendung walaupun jam menunjukkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

**SELAMAT HARI MERDEKA KE-63**
MALAYSIA PRIHATIN

15 August, 2020

ARLOJI (Siri 112)

Polo Club Britannia No. 8021G

Artikel saya seterusnya tentang jam tangan Polo Club Britannia. Model yang diperkenalkan sesuai bagi kaum lelaki.


Case berbentuk round. Dail pula cerah jelas dipandang ketika ingin mengetahui masa. Produk tidak dilengkapi fungsi hari mahupun tarikh. Terdapat logo kuda dan penunggang di sudut bawah permukaan jam.


Bezel, marker, hands, crown dan sebahagian tali colour emas. Manakala bahagian yang lain berwarna silver. Crown berada di posisi pukul tiga.


Model analog 3 hands yang dipaparkan berteknologi quartz. Jam dihidupkan dengan sebiji bateri.


Movement yang digunakan buatan Jepun. Jam bersifat kalis air. Namun, tahapnya tidak dinyatakan.


Reka bentuk bracelet cantik. Pada clasp (kancing) ada tertulis jenamanya.



Keseluruhan jam daripada besi/stainless steel kecuali cermin.



Product dijamin selama setahun. Polo Club Britannia boleh didapati di pasar raya AEON (Jaya Jusco) sekiranya berminat. Harga brand ini adalah berpatutan.

01 August, 2020

ARLOJI (Siri 111)

Menara Jam (Edisi 7)

Parit Clock Tower
Parit merupakan sebuah pekan lama yang tenteram dan sunyi. Kedudukannya di tepi Sungai Perak. Pekan ini dihubungkan dengan jalinan jalan raya menuju ke Seri Iskandar, Batu Gajah dan Beruas. Walaupun bertaraf pekan kecil, namun di sini terdapat banyak infrastruktur penting misalnya masjid, sekolah, bank, stesen minyak, dan kedai-kedai untuk kemudahan penduduk setempat. Parit terletak di bawah jajahan Majlis Daerah Perak Tengah.



Menara jam ini berada di persimpangan lampu isyarat pekan Parit. Seni bina tower unik, bersegi, bercat kuning dengan kubah di puncaknya.



Di bawah kubah ada empat buah jam berbentuk bulat daripada jenama Burk. Burk adalah brand lama dari Jerman. Marker pula hitam bersistem nombor. Jam analog ini tiada jarum saat.


Jamnya masih berfungsi menunjukkan waktu untuk rujukan penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.




'Bangunan' dibina bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi mercu tanda Parit hingga kini. Monumen ini juga lambang perpaduan serta semangat kerjasama masyarakat di mana turut sama memberikan sumbangan dalam pembinaan menara jam Parit.



**Selamat Hari Raya Aidiladha**

15 July, 2020

ARLOJI (Siri 110)

Bonia Men Classic Quartz BNB 10557-1632

Ini pula pasangan (pair) kepada jam Bonia perempuan sebelumnya iaitu BNB 10557-2632.

Ukuran diameter case 41 mm. Sesuai untuk lelaki yang gemarkan jam minimal dan nipis. Saksikan .....