01 May, 2021

ARLOJI (Siri 127)

Aku dan Jam (Bahagian 16)

The Great Wave off Kanagawa
Cerita yang cuba saya sampaikan untuk artikel kali ini mungkin boleh dianggap sebagai mitos sahaja. Namun, sebagai penghobi jam tangan perkara kecil pun tetap penting jika ada kaitannya dengan dunia horology.

Sumber daripada  wikipedia

Ombak Besar di Kanagawa oleh Hokusai merupakan sebuah karya agung dari Jepun yang masyhur di seluruh dunia. Hasil cetakan ukiran kayu di atas diterbitkan antara tahun 1829 dan 1833. Karya ini adalah sebahagian daripada siri Thirty-six Views of Mount Fuji.

Pada mulanya saya berfikiran bahawa hasil seni seniman Hokusai pada zaman Edo (Tokyo) ada persamaan dengan logo ombak Seiko. Akan tetapi, setelah melakukan pencarian menerusi Internet ada yang berpendapat bahawa perkara ini kebetulan sahaja.  Logo ombak Tsunami Seiko tidak sama dengan seni buatan Hokusai. Selain itu, Alba turut menggunakan lambang ombak pada jam tangan keluaran mereka. Oleh itu, saya menganggap perkara ini adalah misteri!