15 September, 2020

ARLOJI (Siri 114)

Seiko 5 Sports SNZF15J1


Seiko 5 Sports ini dikenali sebagai sea urchin. Saya kurang pasti mengapa model SNZF15 digelar sedemikian.


Sudah lama saya berkenan dan ingin mendapatkan versi ini. Beberapa tahun lepas saya pernah cuba membelinya daripada penjual di Johor namun gagal. Seingat saya, transaksi tersebut tidak berjaya kerana sambungan wi-fi lemah.


Rupa bentuknya bulat, ringkas dan kemas. Diameter case pula berukuran sederhana sesuai untuk pergelangan tangan lelaki Asia. Menurut saya, Seiko SNZF15 ada sifat homage dan diver look.


Dail jam berwarna gelap. Marker dan hands bersalut lumibrite yang terang serta tahan lama. Selain penunjuk waktu, landak laut turut dilengkapi hari dan tarikh. Bezel Pepsi ringan, berputar secara sehala dengan 120 klik.

Crown berjenis pull/push di kedudukan pukul 3. Saiznya agak besar memudahkan pelarasan fungsi jam. Sisi crown dilindungi oleh crown guards. Produk analog ini ditala oleh movement  caliber 7S36 dengan 23 jewels. Mesin mekanikal 7S36 cuma self-winding  namun terbukti reliable. Caseback berjenis see-through.


Tahap rintangan air ialah 100 meter bersamaan 330 kaki. Sea urchin yang saya perkatakan made in Japan. Keseluruhan jam diperbuat menggunakan stainless steel kecuali cermin daripada hardlex crystal.


Mutu buatan bracelet juga baik walaupun tidak solid. Pada bahagian safety clasp ada tulisan SEIKO.


Saya membeli item di atas ketika jualan ulang tahun kelapan Lazada iaitu pada 27 Mac 2020. Tempoh jaminan jam ialah setahun (seller warranty).

No comments:

Post a Comment