01 August, 2020

ARLOJI (Siri 111)

Menara Jam (Edisi 7)

Parit Clock Tower
Parit merupakan sebuah pekan lama yang tenteram dan sunyi. Kedudukannya di tepi Sungai Perak. Pekan ini dihubungkan dengan jalinan jalan raya menuju ke Seri Iskandar, Batu Gajah dan Beruas. Walaupun bertaraf pekan kecil, namun di sini terdapat banyak infrastruktur penting misalnya masjid, sekolah, bank, stesen minyak, dan kedai-kedai untuk kemudahan penduduk setempat. Parit terletak di bawah jajahan Majlis Daerah Perak Tengah.



Menara jam ini berada di persimpangan lampu isyarat pekan Parit. Seni bina tower unik, bersegi, bercat kuning dengan kubah di puncaknya.



Di bawah kubah ada empat buah jam berbentuk bulat daripada jenama Burk. Burk adalah brand lama dari Jerman. Marker pula hitam bersistem nombor. Jam analog ini tiada jarum saat.


Jamnya masih berfungsi menunjukkan waktu untuk rujukan penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.




'Bangunan' dibina bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi mercu tanda Parit hingga kini. Monumen ini juga lambang perpaduan serta semangat kerjasama masyarakat di mana turut sama memberikan sumbangan dalam pembinaan menara jam Parit.



**Selamat Hari Raya Aidiladha**

No comments:

Post a Comment