01 August, 2019

ARLOJI (Siri 92)

Casio G-Shock G-Squad GBA-800-8A

G-Shock yang ingin diperkenalkan berada dalam kategori G-Squad. Setakat pengetahuan saya, terdapat dua versi jam dalam siri ini iaitu gabungan analog-digital dan digital sepenuhnya.


Namun, untuk kali ini saya cuma berbicara tentang G-Squad analog-digital sahaja.


Jam dibeli daripada seller yang berpangkalan di Johor. Urusan penghantarannya cepat hanya mengambil masa 2-3 hari selepas pesanan.

Ilustrasi daripada world.g-shock.com

Case
produk berbentuk bulat berukuran 54.1x48.6x15.5 milimeter. Berat penuhnya ialah 61 gram. Terdapat lima push buttons bagi penetapan fungsi termasuk lampu.


Bahagian belakang jam sarat dengan pelbagai maklumat. Pengguna boleh merujuk modul 5554 untuk keterangan lanjut. Modul 5554 tidak berupa buku tetapi sehelai kertas besar yang dilipat-lipat.


Permukaan dail gelap ditutupi kaca mineral. Injin jam buatan Jepun manakala case dan tali dari Thailand.


Model ini kalis air sedalam 200 meter. Tahap ketepatan jam kira-kira 15 saat per bulan (with no mobile link function).


Jam dioperasikan dengan tenaga bateri bersaiz CR2016. Ia dijangka tahan selama 2 tahun.



Talinya berbahan resin serta lembut. Sebahagian daripada buckle juga menggunakan plastik.


Secara keseluruhannya, saya berpendapat jam G-Shock yang dipaparkan agak canggih. Ia menggunapakai teknologi Bluetooth untuk dihubungkan dengan telefon pintar. Sila tonton video di bawah bagi mengetahui keupayaannya.


Item ini sangat sesuai buat remaja yang menjalani kehidupan aktif. App boleh di download secara percuma di Google Play dan App Store.