30 October, 2016

ARLOJI (Siri 42)

Alba AV3137X1

Setakat pengetahuan saya, jam berjenama Alba hanya dikeluarkan untuk pasaran sekitar Asia dan Middle East sahaja. Ia merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan Seiko Watch Corporation.


Saya membeli produk ini secara online dari City Chain (seller) menerusi laman web Lazada. Ia dihantar terus menggunakan perkhidmatan Poslaju dan sampai dalam tempoh yang dijanjikan. City Chain merupakan sebuah syarikat terkenal yang mempunyai rangkaian kedai jam di seluruh negara. Pelbagai jenama dijual di premis mereka misalnya Seiko, Titus, Casio dan sebagainya (termasuklah Alba).


Jam ini untuk golongan lelaki. Rupa bentuknya bulat dan berada dalam kategori active. Model analog ini digerakkan oleh kuasa bateri. Ia menggunakan caliber number VJ43-X014 (Japan movement).


Jam didatangkan dengan set lengkap iaitu kotak hitam berserta sarung kertas (putih), jam, buku panduan dan kad waranti.


Dail jam gelap manakala marker dan jarumnya pula lebih cerah. Lume yang ada pada model ini berstandard biasa sahaja serta tidak tahan lama. Jarum saat jam berwarna orange.

Bezel jam juga berwarna oren tetapi tidak boleh diputar. Namun, jika dilihat secara sepintas lalu produk ini seakan-akan model diver.


Apa yang menarik tentang model Alba ini ialah tingkap hari pada posisi pukul 3 boleh ditukar kepada tulisan arab/jawi (rujuk gambar di atas).

Selain itu, ia bercermin sapphire. Untuk perhatian semua, cermin kalis calar selalunya hanya dipasangkan untuk jam yang berharga mahal sahaja.

Tahap ketahanan air jam pula ialah 10 BAR atau 100 meter.





Crown jam jenis pull/push. Saiznya agak besar dan senang untuk kita melaraskan fungsi jam.


Tali jam hitam dan diperbuat daripada resin.


Buckle jam daripada stainless steel. Terdapat goresan perkataan ALBA pada bahagian luarnya.


AV3137X1 dijamin selama setahun. Pada saya, mutu produk keluaran Alba adalah baik dan memuaskan. Harga jam-jam syarikat mereka berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki.

15 October, 2016

ARLOJI (Siri 41)

Diver's Watch

Orient M-Force

Jam yang dikategorikan sebagai diver dapat dikenalpasti dengan ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri tersebut ialah :
  1. Reka bentuk (case) jam diver lebih besar, berat, tegap dan kukuh. Kebanyakan case diperbuat daripada bahan logam terutamanya stainless steel. Pada kebiasaannya, ukuran diameter jam diver 40mm ke atas (model untuk lelaki) manakala thickness jam juga tebal.
  2. Cermin jam daripada kaca tebal dan lasak. Ada yang diperbuat daripada kaca biasa dan ada menggunakan cermin sapphire.
  3. Marker dan hands bersaiz besar serta bersalut luminous. Luminous jam diver lazimnya terang dan tahan lama.
  4. Bezel pula boleh diputar sehala (lawan jam) sebanyak 60 klik atau 120 klik dan berbunyi. Warna standard bezel ialah hitam.
  5. Terdapat nombor, garisan dan titik pada bezel untuk mengukur minit. Di bahagian bezel juga ada sedikit luminous pada posisi pukul 12. Ia digunakan untuk mengetahui berapa lama penyelam itu berada di dalam air.
  6. Crown jam besar daripada jenis screw down crown. Crown ini selalunya diapit oleh crown guards.
  7. Caseback jam bertutup penuh. 
  8. Enjin jam diver paling popular ialah automatic. Akan tetapi, ada juga jam diver menggunakan teknologi lain seperti bateri dan solar.
  9. Water resistant jam ialah sekurang-kurangnya 200 meter (diver moden). Jam diver yang kalis air 300 meter ke atas adalah kegunaan professional.
  10. Tali jam diperbuat daripada stainless steel atau plastik. 
  11. Bracelet jam diver mempunyai safety clasp. Selain itu, ada juga yang mempunyai dive suit extension.
  12. Jam diver professional menggunakan gas helium.
  13. Model diver turut mempunyai fungsi antimagnetic dan shock resistant.
  14. Produk diver tahan karat dan sesuai untuk semua aktiviti air termasuk laut.
  15. Ada tulisan/perkataan "diver's" pada dail atau di caseback.
  16. Mendapat pengiktirafan ISO 6425.
Citizen Promaster (women)


Apa yang diperkatakan di atas kebanyakannya adalah berdasarkan model analog. Sebenarnya ada syarikat yang mengeluarkan jam diver dalam versi digital contohnya Casio G-Shock Frogman dan Suunto. Contoh jam diver analog yang masyhur ialah keluarga Seiko Prospex (siri sea), Citizen Promaster (siri diver/aqualand) dan Orient. Akan tetapi, bukan semua jam diver di pasaran mempunyai all specs yang saya nyatakan di atas. Article ini ditulis untuk rujukan umum sahaja.