01 October, 2020

ARLOJI (Siri 115)

Jam Tangan Crocodile CR544G

Artikel untuk kesekian kali ini merupakan seutas jam tangan lelaki berjenama Crocodile.


Kerangka daripada stainless steel berbentuk bulat. Dail pula hitam manakala casemarker dan hands berwarna emas.



Penampilan dress watch yang dipaparkan ringkas tetapi menarik. Produk analog 3 hands ini bermesin quartz dioperasikan dengan sebiji bateri.


Tarikh ada pada kedudukan pukul 6. Water resistant item 3 ATM. Terdapat lambang buaya dan beberapa maklumat asas berkenaan jam di caseback.


Cermin jam rata menggunakan hardened crystal. 'Tombol' pelarasan masa dan date di posisi pukul 3.


Tali model yang diperkenalkan bersaiz 22 milimeter diperbuat daripada kulit asli.


Pada bahagian atas buckle tertulis perkataan Crocodile manakala di bawahnya stainless steel.