15 April, 2021

ARLOJI (Siri 126)

Casio W-218H-1AVDF

Jam tangan Casio Youth ini untuk lelaki. Model yang ditampilkan mempunyai lima pilihan warna. Item dibeli menerusi laman Lazada daripada seller dari Puchong, Selangor. Jam diterima pada hari Selasa, 8 Disember 2020.


Case jam berbentuk empat segi dengan ukuran 44.4x43.2x10.8 milimeter. Keseluruhan produk hitam dibuat menggunakan bahan resin termasuk cermin penutup dail. Hanya caseback dan push buttons daripada stainless steel.


Pengguna boleh melaraskan tetapan jam dengan merujuk buku modul nombor 3224.


Sumber daripada laman Casio International

Selain penunjuk waktu, Casio W-218H turut dilengkapi penggera, stopwatch, calendar dan berformat 12/24 hour.


Ketepatan masa ±30 saat per bulan. Lampu jam berjenis LED backlight bercahaya amber.


Model digital made in China ini beroperasi menggunakan sebiji bateri bersaiz CR2016. Jangka hayat battery 7 tahun.


Bahagian bawah buckle tertulis perkataan CHINA. Tahap ketahanan air jam ialah 50 meter. Berat total pula cuma 37 gram.   


Model yang saya perkenalkan ini mendapat jaminan penjual selama setahun.  Harga jam murah iaitu bawah RM100.

01 April, 2021

ARLOJI (Siri 125)

G-Shock GA-140-1A4DR


Posting seterusnya ialah seutas jam tangan G-Shock GA-140-1A4DR. Siri standard analog-digital ini mempunyai lima pilihan warna.



Case/bezel bulat daripada resin. Ukurannya 55x51.2x16.9 milimeter. Rekaan moden bersaiz besar sesuai untuk remaja lelaki. Cermin jam berkaca mineral.


Saya berpendapat permukaan dail agak 'sibuk'  kerana banyak meter dan berwarna-warni. Namun, susunan tetap kemas dan menawan.


Selain penunjuk waktu, model ini dilengkapi fungsi full auto-calendar (hingga 2099), stopwatch, countdown timer, alarm, world time dan berformat 12/24 H.


Operasi jam dapat dilaraskan dengan merujuk manual bernombor 5612. Terdapat 4 butang setting untuk ditekan iaitu adjust, reverse, foward dan mode


Lampu jam pula terang berjenis LED.  Tempoh sekali nyalaan lampu boleh ditukar sama ada inginkan 1.5 saat atau 3 saat. Selain itu, lampu ini boleh dijadikan auto light.


Case dipasang di Thailand dan movement jam pula dari Casio Jepun. Bateri yang dipakai ialah CR1220 tahan sekitar 2 tahun.


Tahap ketahanan air 200 meter. Item ini istimewa kerana telah mencapai piawaian ISO 764 antimagnetic


Tali GA-140 yang dipaparkan hitam berbahan resin. Buckle yang digunakan stainless steel berjenis 2 pin. Pada bahagian atas tertulis perkataan G-SHOCK dan di bawahnya CASIO CHINA. Berat penuh jam 72 gram.



Jam dipesan melalui laman Shopee pada 3 Mac 2021.  Bungkusan diposkan kepada saya menggunakan DHL eCommerce.

Produk didatangkan dengan set lengkap. Jaminan jam adalah bersifat terhad selama setahun.