15 November, 2017

ARLOJI (Siri 64)

Jam Loceng Seiko QXK105Z


Seiko alarm ini sudah berusia berusia belasan tahun. Saya membelinya ketika masih bujang dari salah sebuah kedai jam di pusat beli-belah Alpha Angle, Wangsa Maju. Ia masih kekal setia menjalankan tugas hingga sekarang.


Dail QXK105Z putih. Jarum jam, minit dan nombor marker diselaputi lume. Hand second berwarna jingga. Jarum "kontot" silver berperanan sebagai tetapan penggera.


Butang on/off alarm terletak pada bahagian atas case. Nada deringan cukup kuat bagi mengejutkan kita untuk bangun daripada tidur. Keseluruhan jam daripada bahan plastik kecuali parts tertentu menggunakan metal. Caseback berwarna biru muda.


Speaker penggera berada di belakang sebelah kiri jam. Di tengah-tengahnya ada punat hitam setting yang boleh ditarik, ditekan dan dipusing.



Sudut kanan caseback pula berisi bateri bersaiz C. Jangka hayat bateri selama setahun.

01 November, 2017

ARLOJI (Siri 63)

Orient Clock OD107


Orient, jenama jam Jepun yang telah lama dikenali oleh masyarakat di negara kita. Kualiti serta ketahanan produk keluaran mereka adalah terjamin dan tidak perlu dipertikaikan.


Model OD107 bulat dengan bahagian tepi berwarna chrome silver. Dail pula putih bersih manakala marker dan jarumnya hitam. Kemasan jam ringkas senang untuk kita melihat paparan waktu.


Terdapat bahagian lut sinar di antara tepi case dengan dail.





Cermin penutup dail berbentuk rata daripada kaca bukannya plastik.



Enjin jam berjenis Japan quartz. Ia merupakan mesin analog biasa (standard) tidak silent movement. OD107 memerlukan sebiji bateri bersaiz AA untuk beroperasi. Bateri ini didatangkan bersama-sama jam di dalam kotak semasa pembelian.


Jam ini dijamin selama setahun.

*Perkongsian
Saya mempunyai dua kaedah untuk mengetahui sama ada cermin yang dipasangkan pada sesebuah jam itu kaca atau plastik (jika tiada justifikasi daripada manufacturer atau seller). Cara-caranya ialah:
  1. Ketuk permukaan cermin tersebut dengan kuku jari dan dengar dentingannya. Dentingan kaca lebih "nyaring" berbanding plastic.
  2. Rasa suhu cermin menggunakan tangan. Cermin kaca lebih sejuk dalam keadaan tertentu.