15 September, 2017

ARLOJI (Siri 60)

Santiago Polo

Item yang ingin saya perkenalkan pada kali ini ialah seutas jam tangan lama kepunyaan sendiri iaitu Santiago Polo. Bentuknya bulat, nipis dan cantik. Keseluruhan jam menggunakan bahan metal kecuali cermin daripada kaca.


Dail berwarna putih manakala tarikh terletak pada posisi pukul 6.


Model analog ini digerakkan oleh bateri. Enjin jam berjenis quartz dari Jepun (Japan movement).





Crown jam terselit pada pukul 3. Saiz serta ukuran jam sesuai untuk lelaki.


Terdapat maklumat ringkas berkenaan jam di bahagian caseback. Tahap kalis airnya pula ialah 3 ATM. Saya meletakkan produk Santiago Polo ini dalam kategori fashion watch.

*Panduan
Bateri jam tangan turut mempunyai tarikh luput. Jika anda ke kedai untuk menukar battery sila perhatikan tarikh tersebut pada pembalutnya. Bateri lama atau expiry date mungkin menyebabkan jam gagal "beraksi" cemerlang seperti yang diharapkan. Bateri juga akan cepat habis.

01 September, 2017

ARLOJI (Siri 59)

Löttorp

   


Löttorp merupakan sebuah jam loceng keluaran Ikea. Jam ini berbentuk empat segi, berwarna putih dan diperbuat daripada plastic. Ia dikilangkan di negeri China.

Jam Ikea yang saya ketengahkan untuk kesekian kali ini mempunyai pelbagai fungsi. Selain daripada penunjuk waktu, terdapat ciri-ciri lain pada jam iaitu tarikh, hari, suhu, stopwatch dan penggera. Kita hanya perlu memusingkan jam untuk menetapkan fungsinya. Lampu berwarna pada dail akan menyala selama beberapa saat setiap kali jam diubah kedudukan (rotation). Warna-warna tersebut ialah red, sky blue, dark blue dan green.







Jam Löttorp berteknologi digital. Dua biji bateri bersaiz AAA diperlukan untuk menghidupkan jam. Baterinya tidak dibekalkan. Pengguna hendaklah membeli secara berasingan.


Cara pelarasan jam mudah. Ada dua mode buttons iaitu SET dan ⬆️ pada bahagian belakang. 

Model Löttorp sesuai untuk diletakkan di bilik tidur anak-anak atau di atas meja bacaan. Mereka yang tinggal di asrama juga boleh menggunakannya. Mutu dan ketahanan jam boleh dipercayai. Pada perkiraan saya, harga produk berada dalam category mampu milik.