15 February, 2021

ARLOJI (Siri 122)

Casio BABY-G G-MS MSG-C100G-1ADR

Cantik. Rekaan model siri G-MS ada unsur seni dan kelihatan sedikit mewah. Saya berpendapat, design jam yang berada dalam kategori ini sempurna dan berbeza daripada BABY-G lain.



Case serta bezel bulat berbahan campuran resin dan stainless steel. Ukuran kerangka model yang diperkenalkan 45.1x40.3x12.4 milimeter. Case dicat dengan warna pink gold ion plated.


Cermin penutup dail diperbuat daripada kaca mineral. Lampunya berjenis LED white.


Ketepatan waktu jam sekitar ±30 saat per bulan. Selain penunjuk masa, item yang ditunjukkan turut dilengkapi fungsi stopwatch, countdown timer, alarm dan calendar.


Water resistance ialah 100 meter. Berat bersihnya 40 gram. Jangka hayat bateri CR 1220 yang digunakan untuk G-MS ini tahan sehingga 3 tahun.



 
Beberapa keterangan mengenai jam ada pada penutup belakang. Pengguna boleh melaraskan tetapan (settings) dengan merujuk buku modul nombor 5606.


Tali jam hitam berjenis resin dan bertekstur. Pada keeper tertulis G-MS manakala di bahagian bawah buckle pula CASIO CHINA.



Produk yang dipaparkan dibeli melalui perkhidmatan Lazada Malaysia pada 4 Mei 2020 dari Puchong, Selangor.  Jam dijamin selama setahun.

01 February, 2021

ARLOJI (Siri 121)

Aku dan Jam (Bahagian 15)

Fungsi Poket Kecil Seluar Jean
Jeans merupakan seluar tahan lasak yang terkenal di seluruh dunia. Ramai orang terutamanya golongan remaja meminati dan memakai jeans dalam aktiviti seharian mereka. 

Jean standard diperbuat daripada denim yang berwarna biru. Seluar ini pada awalnya dipercayai untuk kegunaan para pelombong, tentera dan cowboy. Namun, sekarang jeans telah menjadi sebahagian daripada fesyen pakaian. 

Jean mempunyai lima poket iaitu tiga di hadapan dan dua di belakang. Menerusi artikel ini saya ingin berbicara mengenai fungsi poket kecil di sebelah kanan pada bahagian hadapan. 


Terdapat pelbagai andaian tentang kepentingan pocket sedemikian dicipta. Ada yang mengatakan bahawa poket tersebut digunakan oleh para pelombong untuk menyimpan ketulan atau butiran emas yang dijumpai.


Pandangan kedua pula mengatakan poket kecil sebenarnya tempat penyimpanan jam. Pada waktu dahulu, orang lelaki menggunakan jam saku. Oleh itu, mereka memerlukan satu ruang khas supaya senang menyimpan dan mengambil jam bagi melihat waktu.

Selain itu, ada juga opinion lain berkaitan perkara di atas antaranya sebagai tempat meletakkan tiket, pemetik api dan syiling.

Saya beranggapan poket kecil ini bersifat pelbagai fungsi. Akan tetapi, saya turut tertarik dengan saranan kedua iaitu tempat menyimpan jam saku. 

**Selamat Hari Wilayah**

*Akan datang