18 June, 2016

ARLOJI (Siri 33)

Ketepatan Masa

Jam digunakan sebagai alat untuk menentukan masa. Oleh itu, kebanyakan orang yang memiliki jam semestinya mahukan penentuan waktu yang tepat daripada jam mereka. 

Sekarang, para pengeluar jam terutamanya (watchmaker) berlumba-lumba menggunakan teknologi untuk memastikan produk mereka dapat mengukur waktu setepat yang mungkin. Antara kaedah dan teknologi yang digunapakai termasuklah gelombang atomic timekeeping, bluetooth dan Global Positioning System (GPS).

Akan tetapi, tidak semua jam menggunakan teknologi seperti ini. Atomic timekeeping pula hanya di kawasan atau negara tertentu sahaja. Contohnya Jepun, China, Eropah (Jerman dan United Kingdom) dan Amerika Syarikat.

Selain itu, mereka turut berusaha mengkaji dan membangunkan movement yang lebih baik untuk menyelesaikan permasalahan ini. Bagi jam-jam berjenama dari Swiss, satu standard ditetapkan iaitu pensijilan daripada COSC (Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres). COSC merupakan sebuah badan berkecuali dan pakar dalam bidang chronometer. Mereka menguji accuracy dan precision jam mengikut piawaian yang ketat dan berpusat di Switzerland. Tidak semua jam yang dihasilkan dapat melepasi tahap ditetapkan.

Sebagai "penternak" jam biasa saya mungkin tidak dapat memperolehi jam-jam bergred ini kerana harganya yang mahal. Oleh itu, jika mahukan jam yang tepat kita bolehlah membeli jam quartz (bateri) berbanding jam automatic. Ini kerana, jam automatic selalunya akan lambat atau terlebih cepat walaupun kita selalu memakainya.

Suatu masa dahulu negara kita mempunyai dua masa yang tidak sama iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Kedua-dua jam ini berbeza kira-kira 30 minit. Tetapi pada tahun 1980an (jika tidak silap saya) ia telah diubah menjadi satu waktu sahaja sehinggalah sekarang.

Sekiranya kita ingin memuaskan hati atau melihat waktu yang lebih tepat maka rujuklah jam yang terdapat pada telefon  pintar, decoder Astro, skrin komputer dan televisyen.


Jika kita mempunyai capaian Internet maka bolehlah layari laman sesawang mst.sirim.my. Ini merupakan web masa rasmi bagi negara Malaysia (The Malaysian Standard Time).

Print screen web mst.sirim. my


Bagi yang mempunyai kemudahan telefon rumah (talian tetap TM) pula, mereka boleh mendail 1051 untuk mengetahui masa sebenar. Namun begitu, pada pendapat saya semua ini hanyalah untuk rujukan sahaja. Jam yang super tepat ialah jam matahari. Manakala waktu yang paling penting ialah waktu solat.

11 June, 2016

ARLOJI (Siri 32)

Casio ID-14S
           



Model Casio digital ini berbentuk empat segi dan diperbuat daripada plastik. Berat keseluruhan jam kira-kira 400 gram. Case pula berwarna grey. Paparan text besar dan mudah dilihat. Casio ID-14S ini keluaran China.



Selain fungsi masa yang berformat 12/24 hour, jam ini juga turut dilengkapi calendar (month/date/day) dan suhu. Kalendar jam tepat sehingga tahun 2039. Jangka suhunya pula boleh dilaraskan sama ada celsius/fahrenheit.




Bahagian belakang jam berwarna hitam. Terdapat beberapa butang tetapan iaitu reset, *C/*F, set, + (plus) dan - (minus) untuk kita melaraskan fungsinya. Produk ini menggunakan dua biji bateri bersaiz AA/R6P. Jangka hayat bateri dianggarkan selama 12 bulan.



Keistimewaan ID-14S ini ialah ia boleh dijadikan jam dinding atau jam meja mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna. Saya menggelarkan jam seperti ini sebagai "jam pizza". Ini kerana kedai menjual makanan tersebutlah yang biasa menggunakannya.