01 October, 2018

ARLOJI (Siri 82)

Menara Jam (Edisi 1)

Menara jam merupakan sebahagian daripada mercu tanda bagi sesuatu tempat. Selalunya struktur seperti ini berada di tempat-tempat strategik tumpuan ramai seperti persimpangan atau bulatan jalan, bangunan dan sebagainya. Reka bentuk setiap menara berbeza, unik, menarik dan mempunyai nilai sejarah tersendiri. Pelbagai unsur setempat dan kebudayaan bangsa terdapat padanya.

Pada pemerhatian saya, banyak tempat di Malaysia ada menara jam. Menerusi laman ini saya cuba mengetengahkan beberapa binaan berlatarkan jam yang pernah saya jumpai.

Menara jam Maxis
Bangunan Maxis bersebelahan Menara Berkembar Petronas. Ia terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, berhampiran Jalan Ampang.




Pada bahagian atas building terpampang sebuah jam digital yang besar. Anda boleh melihat secara jelas jam tersebut sekiranya berada di Taman Rekreasi KLCC.


Jamnya tepat waktu dan "berlampu" pada malam hari.







Gambar-gambar diambil beberapa minggu lepas sekitar jam 6.00 petang.