01 September, 2020

ARLOJI (Siri 113)

Menara Jam (Edisi 8)

Bangunan Sultan Abdul Samad
Mercu tanda bersejarah ini terletak di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Lokasinya strategik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.


Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada era kolonial masih kekal hingga sekarang. Building yang dipaparkan tergolong dalam 'bangunan warisan'. Di hadapannya ialah Dataran Merdeka.



Pelbagai program peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa berlangsung di sini. Antaranya ialah perarakan Hari Kemerdekaan, perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi dan sebagainya.



Terdapat sebuah menara jam pada bahagian atas bangunan ini.





Mengikut maklumat yang saya perolehi, jam buatan England ini telah beroperasi lebih daripada 100 tahun. Jam yang ada dijaga oleh kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).




Masa yang ditunjukkan tepat dengan waktu sebenar Malaysia. Para petugas yang bertanggungjawab perlu memastikan jam besar terus berfungsi secara manual.



Gambar-gambar diambil pada Hari Raya Aidifitri 2020. Cuaca ketika itu mendung walaupun jam menunjukkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

**SELAMAT HARI MERDEKA KE-63**
MALAYSIA PRIHATIN

No comments:

Post a Comment