15 October, 2017

ARLOJI (62)

Timex Intelligent Quartz® T2N809

Jam ini diperoleh melalui platform Lazada. Proses penghantaran parcel cepat lebih awal dari tarikh jangkaan. Jam diurus menggunakan khidmat courier Ninja Van dan dibayar secara cash on delivery (COD).




Case berbentuk round. Saiznya agak besar dan diperbuat daripada stainless steel kecuali cermin dan setup buttons.


Dail produk hitam manakala marker dan hands bersalut lume. Lampu trademark Timex iaitu INDIGLO® turut ada pada model ini.




Selain penunjuk waktu ia turut dilengkapi tarikh, depth dan temperature. Bezel boleh diputar sehala sebanyak 120 klik.



Item berjanakuasa bateri CR2025. Jam analog berjarum 5 ini berada dalam kategori Intelligent Quartz® Adventure untuk golongan lelaki. Caseback bertutup penuh dengan sedikit maklumat berkenaan jam.




Bahagian tepi sebelah kiri jam ada "lubang hidung" yang berfungsi sebagai sensor. Pada sebelah kanannya pula crown dan diapit dua push buttons. Crown berjenis screw down atau skru kunci untuk mengelak kemasukan air. Jam ini rintangan air 200 meter.


Bracelet berbentuk oyster tetapi tidak solid. Ukuran lugs 22 mm. Talinya "kosong" tanpa tulisan TIMEX. Namun begitu, ia tetap mempunyai safety clasps.


T2N809 mendapat jaminan antarabangsa selama setahun.  Model ini diperolehi dengan harga yang berpatutan. Ia didatangkan dengan kotak berwarna hitam, jam, buku manual, kertas waranti dan "tali pusat".

"Tali pusat"

*Info
Malaysia sebenarnya turut mengeluarkan jam tangan berkualiti tinggi berstatus Swiss Made. Reka bentuknya terhad (limited edition), menarik, kemas dan penuh dengan ciri-ciri kebudayaan negara. Ia dihasilkan oleh anak tempatan dengan jenama Masa Horlogerie. Syarikat ini pernah mendapat liputan televisyen dalam rancangan Majalah 3. Tahniah!

Dipetik daripada www.masa.com.my

01 October, 2017

ARLOJI (Siri 61)

Aku dan Jam (Bahagian 7)

Jam Tangan Terbaik daripada Perspektif Saya


Perkembangan teknologi yang pesat turut mempengaruhi industri pembuatan jam. Pelbagai jenama dan jenis jam muncul di pasaran sehingga kita menjadi rambang mata untuk membuat pilihan. Oleh itu, sebagai pengguna kita haruslah bijak dalam mencari jam yang bersesuaian dengan gaya hidup dan keperluan masing-masing.

Saya berusaha untuk mendapatkan jam yang paling ideal bagi kegunaan sendiri dan keluarga. Citarasa dan kehendak pula perlu selari dengan budget yang ada. Jangan terlalu melihat apa yang dipakai oleh orang lain sekiranya belum berkemampuan.

Di sini saya cuba sampaikan serba sedikit ciri-ciri yang patut ada pada seutas jam yang dianggap sempurna dari kaca mata saya. Pandangan saya ini mungkin bercanggah dan tidak sama dengan pendapat orang lain. Ciri-ciri tersebut ialah:
  1. Jam yang paling baik adalah jam yang berbentuk bulat (round case).
  2. Kerangka jam (case) dan penutup belakang hendaklah daripada stainless  steel bukannya base metal.
  3. Ukuran diameter case yang ideal bagi lelaki ialah 35mm - 40mm manakala untuk perempuan antara 30mm - 35mm.
  4. Cermin jam diperbuat daripada jenis kaca tidak plastik (acrylic).
  5. Tali jam pula daripada kulit asli atau stainless steel.
  6. Berat keseluruhan jam adalah sederhana.
  7. Water resistance jam 50-100 meter.
  8. Ketepatan masa yang boleh dipercayai.
  9. Kemasan jam ringkas, cantik dan senang untuk melihat paparan waktu.
  10. Mempunyai lume atau lampu yang terang.
  11. Teknologi yang digunakan simple. Contohnya, jam quartz.
  12. Baterinya tahan sekurang-kurangnya untuk 2-3 tahun (jam quartz).
  13. Bersifat evergreen dan tidak membosankan walaupun dipakai bertahun-tahun.
  14. Sesuai dan selesa dipakai untuk kegunaan seharian, bekerja atau bersantai.
  15. Kos penyelenggaran yang rendah dan berpatutan.
  16. Harga jualan jam terjangkau dan tidak terlalu mahal.
Namun begitu, jam yang terbaik untuk diri sebenarnya adalah jam yang sekarang berada di pergelangan tangan kita. Walaupun berharga rendah dan kelihatan seperti jam budak-budak tetapi ia mungkin telah lama berkhidmat dan bernostalgia.

15 September, 2017

ARLOJI (Siri 60)

Santiago Polo

Item yang ingin saya perkenalkan pada kali ini ialah seutas jam tangan lama kepunyaan sendiri iaitu Santiago Polo. Bentuknya bulat, nipis dan cantik. Keseluruhan jam menggunakan bahan metal kecuali cermin daripada kaca.


Dail berwarna putih manakala tarikh terletak pada posisi pukul 6.


Model analog ini digerakkan oleh bateri. Enjin jam berjenis quartz dari Jepun (Japan movement).





Crown jam terselit pada pukul 3. Saiz serta ukuran jam sesuai untuk lelaki.


Terdapat maklumat ringkas berkenaan jam di bahagian caseback. Tahap kalis airnya pula ialah 3 ATM. Saya meletakkan produk Santiago Polo ini dalam kategori fashion watch.

*Panduan
Bateri jam tangan turut mempunyai tarikh luput. Jika anda ke kedai untuk menukar battery sila perhatikan tarikh tersebut pada pembalutnya. Bateri lama atau expiry date mungkin menyebabkan jam gagal "beraksi" cemerlang seperti yang diharapkan. Bateri juga akan cepat habis.

01 September, 2017

ARLOJI (Siri 59)

Löttorp

   


Löttorp merupakan sebuah jam loceng keluaran Ikea. Jam ini berbentuk empat segi, berwarna putih dan diperbuat daripada plastic. Ia dikilangkan di negeri China.

Jam Ikea yang saya ketengahkan untuk kesekian kali ini mempunyai pelbagai fungsi. Selain daripada penunjuk waktu, terdapat ciri-ciri lain pada jam iaitu tarikh, hari, suhu, stopwatch dan penggera. Kita hanya perlu memusingkan jam untuk menetapkan fungsinya. Lampu berwarna pada dail akan menyala selama beberapa saat setiap kali jam diubah kedudukan (rotation). Warna-warna tersebut ialah red, sky blue, dark blue dan green.







Jam Löttorp berteknologi digital. Dua biji bateri bersaiz AAA diperlukan untuk menghidupkan jam. Baterinya tidak dibekalkan. Pengguna hendaklah membeli secara berasingan.


Cara pelarasan jam mudah. Ada dua mode buttons iaitu SET dan ⬆️ pada bahagian belakang. 

Model Löttorp sesuai untuk diletakkan di bilik tidur anak-anak atau di atas meja bacaan. Mereka yang tinggal di asrama juga boleh menggunakannya. Mutu dan ketahanan jam boleh dipercayai. Pada perkiraan saya, harga produk berada dalam category mampu milik.

31 August, 2017

Selamat Hari Kebangsaan


Salam kemerdekaan kali ke-60 diucapkan kepada semua warganegara Malaysia. Semoga negara dilindungi Allah sentiasa. Hargailah keamanan dan kekalkan perpaduan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

15 August, 2017

ARLOJI (Siri 58)

Aku dan Jam (Bahagian 6)

Casio


Brand Casio dilahirkan pada tahun 1946 dan berasal dari Jepun. Pengasas jenama ini ialah Tadao Kashio. Nama Casio diambil bersempena nama beliau sendiri iaitu Kashio.

Jam-jam Casio terkenal di seluruh dunia. Produk keluaran mereka terdiri daripada pelbagai kategori sesuai untuk kanak-kanak, golongan muda dan orang dewasa. Antara kategori (lineup) tersebut ialah standard, G-Shock, Pro Trek, Edifice, Sheen dan sebagainya.

Casio F-91W



Casio Prayer Compass

Saya berminat dengan jenama ini atas beberapa sebab iaitu:
  1. Mutu buatan jamnya terjamin baik. Setiap jam yang dihasilkan daripada bahan berkualiti (mengikut gred), terperinci dan hanya menggunakan movement dari Jepun.
  2. Ketahanan produk yang diusahakan mereka sangat memuaskan. Sesetengah model buatan Casio baterinya mampu beroperasi hingga 10 tahun. G-Shock pula terkenal kerana terbukti lasak dan kekuatannya.
  3. Harga jam yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki. Harga jualan produk Casio bermula puluhan ringgit untuk model biasa (bergred rendah) hinggalah mencecah ribuan ringgit. Jam tangan yang paling canggih dan mahal keluaran jenama ini ialah  Oceanus.
  4. Gaya dan rekaan jam terkini mengikut peredaran zaman serta kehendak semasa. Misalnya G-Shock yang dilancarkan pada tahun 1983. Rekaannya pelbagai sangat mengagumkan hingga menjadi kegilaan generasi muda dan kekal popular sampai sekarang.

Casio Beside

Casio Duro

Casio Baby-G

Casio G-Shock

Casio World Time

Casio Data Bank

Casio Pro Trek

Akan tetapi, setakat apa yang saya ketahui Casio cuma menumpukan kepada teknologi quartz dalam pembuatan jam-jam mereka. Model-model Casio yang berada di pasaran kebanyakannya menggunakan bateri ataupun solar sahaja. Syarikat ini tiada jam yang bermesin automatik. Oleh itu, saya beranggapan jam-jam Casio berada dalam kelasnya tersendiri.

*Nota
Selain Jepun, Casio turut mempunyai kilangnya di luar negara contohnya Thailand dan China. Harga model JDM (Japan Domestic Market) jauh lebih tinggi berbanding buatan negara lain. Bahan, mutu dan fungsi jam juga kadangkala sedikit berbeza walaupun design yang sama.

01 August, 2017

ARLOJI (Siri 57)

Jam Dinding Rhythm CMG870NR66




Model Rhythm CMG870NR66 cantik, kemas dan berbentuk round shape. Dail jam putih bersih dengan marker bernombor warna hitam. Terdapat dekorasi ringkas pada bahagian tepi dail bercorak seakan-akan bunga yang sedang kembang.


Case body menggunakan plastic tetapi cerminnya daripada kaca cembung.


Enjin jam berjenis silent. Pergerakan jarum saat smooth (lancar). Jam analog 3 hands ini berteknologi quartz ditala dengan sebiji bateri bersaiz AA.






Jam ini telah diberikan jaminan selama setahun oleh pengedar sah di Malaysia. Ia merupakan produk yang diimport dari luar negara.

*Tips
Cermin jam dinding yang kusam atau kotor boleh dibersihkan menggunakan sehelai kain lap bersama minyak Zippo. Kesannya amat memuaskan dan mudah dilakukan sendiri di rumah.