Aku dan Jam (Bahagian 6)
Casio
Brand Casio dilahirkan pada tahun 1946 dan berasal dari Jepun. Pengasas jenama ini ialah Tadao Kashio. Nama Casio diambil bersempena nama beliau sendiri iaitu Kashio.
Jam-jam Casio terkenal di seluruh dunia. Produk keluaran mereka terdiri daripada pelbagai kategori sesuai untuk kanak-kanak, golongan muda dan orang dewasa. Antara kategori
(lineup) tersebut ialah standard, G-Shock, Pro Trek, Edifice, Sheen dan sebagainya.
|
Casio F-91W |
|
Casio Prayer Compass |
Saya berminat dengan jenama ini atas beberapa sebab iaitu:
- Mutu buatan jamnya terjamin baik. Setiap jam yang dihasilkan daripada bahan berkualiti (mengikut gred), terperinci dan hanya menggunakan movement dari Jepun.
- Ketahanan produk yang diusahakan mereka sangat memuaskan. Sesetengah model buatan Casio baterinya mampu beroperasi hingga 10 tahun. G-Shock pula terkenal kerana terbukti lasak dan kekuatannya.
- Harga jam yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki. Harga jualan produk Casio bermula puluhan ringgit untuk model biasa (bergred rendah) hinggalah mencecah ribuan ringgit. Jam tangan yang paling canggih dan mahal keluaran jenama ini ialah Oceanus.
- Gaya dan rekaan jam terkini mengikut peredaran zaman serta kehendak semasa. Misalnya G-Shock yang dilancarkan pada tahun 1983. Rekaannya pelbagai sangat mengagumkan hingga menjadi kegilaan generasi muda dan kekal popular sampai sekarang.
|
Casio Beside |
|
Casio Duro |
|
Casio Baby-G |
|
Casio G-Shock |
|
Casio World Time |
|
Casio Data Bank |
|
Casio Pro Trek |
Akan tetapi, setakat apa yang saya ketahui Casio cuma menumpukan kepada teknologi quartz dalam pembuatan jam-jam mereka. Model-model Casio yang berada di pasaran kebanyakannya menggunakan bateri ataupun solar sahaja. Syarikat ini tiada jam yang bermesin automatik. Oleh itu, saya beranggapan jam-jam Casio berada dalam kelasnya tersendiri.
*Nota
Selain Jepun, Casio turut mempunyai kilangnya di luar negara contohnya Thailand dan China. Harga model JDM
(Japan Domestic Market) jauh lebih tinggi berbanding buatan negara lain. Bahan, mutu dan fungsi jam juga kadangkala sedikit berbeza walaupun
design yang sama.
No comments:
Post a Comment