01 September, 2017

ARLOJI (Siri 59)

Löttorp

   


Löttorp merupakan sebuah jam loceng keluaran Ikea. Jam ini berbentuk empat segi, berwarna putih dan diperbuat daripada plastic. Ia dikilangkan di negeri China.

Jam Ikea yang saya ketengahkan untuk kesekian kali ini mempunyai pelbagai fungsi. Selain daripada penunjuk waktu, terdapat ciri-ciri lain pada jam iaitu tarikh, hari, suhu, stopwatch dan penggera. Kita hanya perlu memusingkan jam untuk menetapkan fungsinya. Lampu berwarna pada dail akan menyala selama beberapa saat setiap kali jam diubah kedudukan (rotation). Warna-warna tersebut ialah red, sky blue, dark blue dan green.







Jam Löttorp berteknologi digital. Dua biji bateri bersaiz AAA diperlukan untuk menghidupkan jam. Baterinya tidak dibekalkan. Pengguna hendaklah membeli secara berasingan.


Cara pelarasan jam mudah. Ada dua mode buttons iaitu SET dan ⬆️ pada bahagian belakang. 

Model Löttorp sesuai untuk diletakkan di bilik tidur anak-anak atau di atas meja bacaan. Mereka yang tinggal di asrama juga boleh menggunakannya. Mutu dan ketahanan jam boleh dipercayai. Pada perkiraan saya, harga produk berada dalam category mampu milik.

(Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada muslimin dan muslimat. Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa 10 Zulhijjah 1438H bersamaan Jumaat, 1 September 2017).

No comments:

Post a Comment