02 January, 2015

ARLOJI (Siri 10)

"Lelaki Lumpur" G-9300 (Solar)

G-Shock dilahirkan pada tahun 1983. Model G-Shock yang pertama ialah DW-5000C hasil ciptaan seorang jurutera Casio yang bernama Kikuo Ibe. Jam G-Shock terkenal dengan kelasakan dan ketahanannya. Ia amat sesuai untuk golongan muda dan mereka yang terlibat dalam sektor pekerjaan tertentu. Jam keluaran G-Shock terbahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah Master of G (professional), Standard, G-Lide dan Baby-G (khusus untuk perempuan).

 

G-Shock digital yang dipaparkan ini ialah Mudman/"Lelaki Lumpur". Mudman merupakan sebahagian daripada jam dalam kategori Master of G. Selain itu, jam yang turut terdapat dalam kategori ini ialah Rangeman, Frogman dan Gulfman. Kesemua model Master of G mempunyai tahap kalis air sehingga 200 meter dan bertali plastik (resin band).

Model ini adalah sebuah jam berbentuk bulat dan multifunction. Saiz case Mudman ialah 53 X 50.8 X 18.2 mm. Walaupun bersaiz besar tetapi jam ini agak ringan dan selesa di pergelangan tangan. Keseluruhan jam diperbuat daripada resin kecuali cermin, caseback dan buckle. Permukaan dail jam ini ditutupi dengan cermin mineral. Mineral glass ini mudah tercalar sekiranya bergesel. Bagi mengatasi masalah ini, bezel yang besar serta lebih tinggi daripada cermin dipasangkan pada Mudman dan kebanyakan produk G-Shock. Caseback dan buckle pula menggunakan stainless steel.


Jam ini dilengkapi  dengan twin sensor (kompas digital, termometer), moon data, stopwatch, world time, countdown timer, 5 penggera, tarikh (full auto-calendar to year 2099) dan berformat  12/24 hour. Tahap ketepatan masa model G-9300 ini  ±15 seconds per month. Perkara inilah yang menarik perhatian saya  untuk memiliki model ini  selain daripada antilumpur, tahap kalis air dan teknologi solar.

Sebagai seorang penggemar dunia horologi, saya mahukan jam yang menepati masa dan reliable. Pada pandangan saya, jam yang dipakai mestilah menunjukkan waktu sebenar ataupun dengan perbezaan 1 minit sahaja. (jam yang paling tepat adalah jam pada telefon pintar, kaca televisyen dan skrin komputer).


Terdapat 5 butang tetapan fungsi G-Shock G-9300 ini iaitu light/reverse, compass, search/foward, mode/select dan adjust/display. Butang-butang ini besar dan kesat  tetapi agak keras apabila ditekan. Lampu jam  berwarna blue green. Pada penglihatan saya, nyalaan lampu jam ini adalah sederhana terang berbanding jam berkuasa bateri. 


Gambar jam di atas sedang menunjukkan fungsi kompas dan termometer (bacaan suhu). Gambar di bawahnya pula memperlihatkan jam berkeadaan tetapan moon data dan tarikh.



Sensor jam  (warna silver) berada pada kedudukan di antara butang adjust dan mode. Panduan penggunaan (setting) berkaitan Mudman   boleh dibaca di dalam buku manual Casio bermodul 3261. Buku ini kecil, tebal dan pelbagai bahasa. 


Bersesuaian dengan namanya, Mudman merupakan sebuah jam antilumpur termasuk debu dan habuk. Bahagian belakang jam dihiasi dengan gambar anjing laut bercermin mata sambil memegang kompas di tangan kanannya. Penutup belakang ini disambungkan pada case dengan 4 skru. 



Jam ini berkuasa solar. Kita hanya perlu menjemurkan jam ini di bawah cahaya matahari beberapa ketika untuk mengecas baterinya. Tenaga  cahaya ini diserap untuk disimpan oleh bateri jam melalui permukaan yang berwarna hitam di sekeliling dailLevel battery indicator (L-low, M-medium dan H-high) terletak di tengah-tengah dail. Bateri jam yang dicas penuh mampu bertahan selama hampir setahun jika disimpan di dalam gelap dengan mengaktifkan power saving (PS). Jam akan "mati" sendiri ketika  berada di dalam gelap dan berfungsi kembali bila terkena cahaya. Power saving  jam ini boleh di on/off.


Case dan tali jam ini dikilangkan di Thailand. Setahu saya, kebanyakkan jam keluaran G-Shock/Casio untuk pasaran Malaysia datang dari dua negara iaitu Thailand dan China. Namun, suatu masa dahulu (1990-an) saya pernah menjumpai jam Casio yang mana buckle talinya tertulis perkataan Malaysia.

Tali jam Mudman ini besar dan berhuruf yang timbul di belakangnya. Huruf /perkataan tersebut  ialah G-SHOCK PROTECTION dan SHOCK RESIST. Strap ini disambungkan kepada case dengan spring bar yang berskru.


Jam ini dibungkus menggunakan kotak dan tin besi yang berwarna hitam.  Dua jaminan selama setahun telah disertakan semasa pembelian. Satu waranti daripada pengedar sah Malaysia manakala satu lagi  international warranty.

*Ujian
LULUS. Umum telah mengetahui akan kelasakan dan kehebatannya.

No comments:

Post a Comment