Casio F-91W
Jam Casio F-91W mula diperkenalkan pada tahun 1991. Ia adalah sebuah jam digital quartz yang asas. Model ini berbentuk segi empat, bersaiz kecil dan ringan. Kerangka jam, cermin dan tali diperbuat daripada plastik (resin) manakala butang tetapan dan penutup belakang menggunakan besi (stainless steel).
Kemasan dail yang ringkas memudahkan pemakainya melihat waktu. Jam ini berada dalam kategori classic digital watch untuk lelaki. Pada pendapat saya, jam ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak/remaja lelaki berumur antara 7 hingga 15 tahun.
Model F-91W ini menggunakan modul 593. Terdapat 3 butang tetapan untuk melaraskan fungsi jam ini. Butang-butang tersebut ialah light, mode dan alarm on-off/24H. Jam ini akan mengeluarkan bunyi "beep" setiap kali butangnya mode ditekan. Selain daripada untuk mengetahui masa, ia turut dilengkapi kalendar, penggera, stopwatch dan berformat 12/24 jam. Tahap ketepatan masanya ±30 seconds per month (6 minutes per year).
Jam ini buatan Casio Thailand dan kalis air. Penutup belakang dipasangkan pada case dengan 4 skru.
Walaupun jam ini ringkas (basic), namun ia mempunyai identiti yang tersendiri. Kelainan dan ciri-ciri khas yang ada pada jam ini telah menarik perhatian saya untuk mendapatkannya sebagai koleksi. Selain itu, ciri-ciri ini juga menentukan keaslian model F-91W.
Setakat pengetahuan saya, jam yang original hanyalah berwarna hitam. Pada bahagian kanan dail (bawah RESIST) akan ada huruf "U" atau perkataan "JAPAN U" (rujuk bulatan merah pada gambar di atas). Huruf/perkataan ini kecil tetapi masih boleh dilihat. "JAPAN U" bermaksud jam tersebut buatan Jepun manakala huruf "U" merujuk kepada jam Casio dari negara lain.
Jam ini akan memaparkan text CASIo pada dail jika push-button sebelah kanan jam ditekan selama 3 saat. Jika sekiranya ketiga-tiga butang ditekan secara serentak, maka text yang muncul adalah seperti gambar di bawah.
Lampu jam yang tulen adalah kecil (microlight). Cahayanya kabur berbanding jam tiruan yang terang dan berwarna-warni. Jam ini ringan dan nipis memberi keselesaan kepada tangan.
Bateri CR2016 pada jam ini mampu bertahan selama 7 tahun. Tali jamnya dikilangkan di China dan pada buckle tertera perkataan Casio.
Jam ini juga dikaitkan dengan pejuang (pengganas dalam istilah Amerika). Ramai di antara mereka memakai jam ini atau model yang seumpamanya.
Jam ini juga dikaitkan dengan pejuang (pengganas dalam istilah Amerika). Ramai di antara mereka memakai jam ini atau model yang seumpamanya.
Jam Casio ini dibeli di sebuah kedai pemborong jam. Ia dijual dalam bentuk set lengkap iaitu jam, kotak Casio, watch stand, kertas manual (modul) dan warranty card. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan tidak mengoyakkan poket.
Saya terkejut kerana jam ini tetap diberikan waranti selama setahun walaupun harganya murah. Salesgirl menyatakan bahawa di kedainya menjual jam original.
*Ujian
LULUS tanpa sebarang ujian. Keupayaan dan ketahanan jam ini tidak perlu kita pertikaikan.
No comments:
Post a Comment