01 November, 2018

ARLOJI (Siri 83)

G-Shock DW-5600E-1VDF


Setelah berfikir panjang, saya akhirnya mengambil keputusan untuk membeli model ini. Walaupun jam cuma berkategori standard digital tetapi tetap mempunyai aura dan keistimewaan yang tersembunyi.


Item yang dipaparkan original diperoleh menerusi platform Lazada dengan harga menarik. Urusan penghantaran parcel lebih cepat dari tarikh yang ditetapkan.


Case jam berbentuk empat segi berukuran 48.9x42.8x13.4 mm. Total weight produk pula 53 gram.


Keseluruhan jam diperbuat daripada resin kecuali cermin, push buttons, caseback dan buckle.



Lampu yang digunakan berjenis EL backlight berwarna blue green. Kadar cahayanya terang menyenangkan kita melihat apa yang terdapat di permukaan dail pada waktu malam.


Tahap kalis air ialah 200 meter. Terdapat 4 butang setting untuk penetapan fungsi jam. Pengguna boleh merujuk buku panduan module 3229 untuk keterangan terperinci.


Product digital ini hampir menyerupai model pertama G-Shock iaitu DW-5000C.


Bateri CR2016 yang digunakan mampu bertahan sehingga 2 tahun. Ketepatan masa ±15 saat per bulan.



Case dan band buatan China.



Ia dijamin selama 1 tahun (seller warranty). Pada pandangan saya, item seperti ini patut disimpan terutamanya oleh para peminat setia G-Shock. Siri DW-5600 mula dilancarkan sejak tahun 1987 lagi.

01 October, 2018

ARLOJI (Siri 82)

Menara Jam (Edisi 1)

Menara jam merupakan sebahagian daripada mercu tanda bagi sesuatu tempat. Selalunya struktur seperti ini berada di tempat-tempat strategik tumpuan ramai seperti persimpangan atau bulatan jalan, bangunan dan sebagainya. Reka bentuk setiap menara berbeza, unik, menarik dan mempunyai nilai sejarah tersendiri. Pelbagai unsur setempat dan kebudayaan bangsa terdapat padanya.

Pada pemerhatian saya, banyak tempat di Malaysia ada menara jam. Menerusi laman ini saya cuba mengetengahkan beberapa binaan berlatarkan jam yang pernah saya jumpai.

Menara jam Maxis
Bangunan Maxis bersebelahan Menara Berkembar Petronas. Ia terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, berhampiran Jalan Ampang.




Pada bahagian atas building terpampang sebuah jam digital yang besar. Anda boleh melihat secara jelas jam tersebut sekiranya berada di Taman Rekreasi KLCC.


Jamnya tepat waktu dan "berlampu" pada malam hari.







Gambar-gambar diambil beberapa minggu lepas sekitar jam 6.00 petang.

01 September, 2018

ARLOJI (Siri 81)

Citizen Watch FB1317-53E

Citizen ini bernombor siri FB1317-53E. Ia merupakan seutas jam chronograph untuk perempuan. 


Modelnya berbentuk bulat (round). Dail jam hitam manakala marker dan hands berwarna emas. Jarum jam dan minit menggunakan luminous. Cahayanya terang serta tidak mengecewakan. Bezel  jam juga berwarna emas.


Pada dail terdapat 3 meter (subdails) iaitu petunjuk minit, saat dan pukul 24 hours. Pada dinding kerangka jam ada crown diapit oleh 2 push buttons. Kedua-dua butang ini bertugas untuk menjalankan fungsi chronograph.


Keseluruhan jam diperbuat daripada stainless steel. Cermin pula jenis sapphire crystal.


Jam ini buatan Jepun. Hari bulan diletakkan pada posisi pukul 4.



Enjin jam daripada caliber berteknologi Eco-Drive. Tahap kalis airnya 50 meter.






Tali jam hitam serta solid. Penutup talinya jenis fold over clasp. Jam dijamin selama 3 tahun. Pada pendapat saya, seni dan bahan untuk menghasilkan jam ini baik dan berkualiti.

01 August, 2018

ARLOJI (Siri 80)

Rhythm CMG728NR05



Model yang saya perkatakan ini berbentuk round, kemas dan cantik. Mutu buatannya baik dan dibeli dengan harga terjangkau.


Case dan caseback daripada plastic berwarna metallic green. Dail jam cerah memberi peluang kepada kita melihat masa dengan sekali jelingan (easy to read). 



Marker besar bersistem nombor. Jarum jam dan minit runcing di hadapan seperti tombak. Keistimewaan produk ini ialah lume (super luminous) pada hands dan marker. Pengguna boleh melihat jam di dalam keadaan gelap untuk tempoh tertentu.


Cerminnya rata berjenis kaca. Movement yang digunakan daripada enjin standard Rhythm.



Sebiji bateri bersaiz AA diperlukan bagi menghidupkan item (battery included) selama setahun.


Jam diperoleh dari salah sebuah pasar raya borong yang terletak di Selangor tanpa sebarang jaminan. 

15 July, 2018

ARLOJI (Siri 79)

Aku dan Jam  (Bahagian 8)

Kegunaan Minyak Zippo
Zippo merupakan sebuah syarikat pemetik api tersohor di seluruh dunia. Lighters buatan mereka dihasilkan daripada metal terkenal dengan bunyi click dan windproof. Company ini berpangkalan di USA.


Selain daripada memproduksi pemetik api, Zippo turut mengeluarkan barangan berkaitan dan aksesori lain termasuk Zippo fluid. Minyak ini adalah bahan api berupa cecair yang digunakan untuk produk lighters mereka.



Namun begitu, minyak Zippo sebenarnya baik untuk membersihkan cermin jam dinding di rumah kita. Cermin jam yang kusam serta kotor akan menjadi bersih kembali.


Apa yang anda perlukan hanya sehelai tuala kecil dan minyak ini. Prosesnya cukup mudah iaitu lapkan cermin jam yang dikehendaki dengan tuala yang dibasahkan dengan fluid sehingga cuci. InsyaAllah sebarang kotoran termasuk yang bergetah hilamg selepas itu.

Inilah kaedah yang saya praktikkan untuk diri sendiri. Pada pemerhatian saya terdapat juga pekerja kedai jam yang berbuat sedemikian. Cuma, lakukan dengan berhati-hati dan apabila berasa diperlukan sahaja.

Nasihat saya, jika anda tidak yakin dengan cara ini jangan sesekali melakukannya. Anda mungkin mempunyai teknik yang lebih baik daripada apa yang saya ceritakan. Article ditulis sekadar perkongsian pengalaman.

*Info
Jenama Zippo ada mengeluarkan jam tangan. 

01 July, 2018

ARLOJI (Siri 78)

Jam Dinding Seiko QXA221S




Jam yang ingin saya perkatakan ini berbentuk bulat, kemas dan cantik.




Ia merupakan sebuah jam analog 3 hands berkuasa bateri. Sebiji battery bersaiz AA diperlukan bagi menghidupkan jam selama setahun.


Dail, case dan caseback diperbuat daripada plastik.



Case Seiko clock ini agak berseni dengan gabungan warna silver dan gold.



Model ini berteknologi quartz berinjin standard daripada SKP. Marker pula bersistem nombor sangat jelas untuk pengguna mengetahui masa.


Setakat pengalaman saya, jam-jam dinding keluaran Seiko tahan lama dan berbaloi untuk dimiliki. QXA221S sesuai digantung pada bahagian ruang tamu dan dijadikan jam utama.

*Perkongsian
Gunakanlah bateri original supaya jam kepunyaan kita dapat beroperasi dengan cemerlang. Jangan sesekali membeli bateri tiruan seperti yang banyak terdapat di pasar malam semata-mata untuk berjimat.