01 August, 2018

ARLOJI (Siri 80)

Rhythm CMG728NR05



Model yang saya perkatakan ini berbentuk round, kemas dan cantik. Mutu buatannya baik dan dibeli dengan harga terjangkau.


Case dan caseback daripada plastic berwarna metallic green. Dail jam cerah memberi peluang kepada kita melihat masa dengan sekali jelingan (easy to read)



Marker besar bersistem nombor. Jarum jam dan minit runcing di hadapan seperti tombak. Keistimewaan produk ini ialah lume (super luminous) pada hands dan marker. Pengguna boleh melihat jam di dalam keadaan gelap untuk tempoh tertentu.


Cerminnya rata berjenis kaca. Movement yang digunakan daripada enjin standard Rhythm.



Sebiji bateri bersaiz AA diperlukan bagi menghidupkan item (battery included) selama setahun.


Jam diperoleh dari salah sebuah pasar raya borong yang terletak di Selangor tanpa sebarang jaminan. 

No comments:

Post a Comment