Casio World Time AE-1000W-2AVDF
Posting ini mengenai jam Casio AE-1000W-2AVDF. Model AE-1000W mempunyai "tujuh adik-beradik" (versi).
Jam dibeli terus daripada Lazada ketika
Online Revolution 11.11.
Harga "hantaran dan mas kahwinnya" cukup membuatkan saya "teracun". Proses penghantaran
parcel amat pantas iaitu sehari selepas pesanan. Bungkusan diuruskan oleh
courier Lazada.
Case jam bulat dengan gabungan warna
silver dan hitam. Ukuran
case 48.1x43.7x13.7 mm. Paparan nombor serta
text pada
dail jelas dan besar.
Total weight jam 40 gram. Item ini Thailand
made.
Terdapat 4 butang tetapan untuk pelarasan iaitu
adjust, light, search dan
mode. Jam bersifat
multifunction. Antara fungsinya ialah jam 12/24H, 5
alarms, full auto calendar (hingga tahun 2099),
stopwatch, countdown timer dan semestinya
world time with world map.
Keseluruhan jam menggunakan bahan
resin kecuali penutup
caseback. Cermin jam
spherical glass patut dipakai dengan cermat bagi mengelakkan calar.
Battery life dianggarkan selama 10 tahun (CR2025).
Water resistance jam ialah 100 meter.
Lampu produk ini jenis LED bercahaya
amber. Tahap ketepatan masanya pula
±30 seconds per month.
Tali AE-1000W-2AVDF biru tua dan bercorak.
Buckle berwarna hitam tanpa tulisan CASIO. Hanya pada bahagian belakangnya sahaja tertulis perkataan China. Jam sesuai untuk kaum Adam.
 |
| Buku manual |