01 November, 2017

ARLOJI (Siri 63)

Orient Clock OD107


Orient, jenama jam Jepun yang telah lama dikenali oleh masyarakat di negara kita. Kualiti serta ketahanan produk keluaran mereka adalah terjamin dan tidak perlu dipertikaikan.


Model OD107 bulat dengan bahagian tepi berwarna chrome silver. Dail pula putih bersih manakala marker dan jarumnya hitam. Kemasan jam ringkas senang untuk kita melihat paparan waktu.


Terdapat bahagian lut sinar di antara tepi case dengan dail.





Cermin penutup dail berbentuk rata daripada kaca bukannya plastik.



Enjin jam berjenis Japan quartz. Ia merupakan mesin analog biasa (standard) tidak silent movement. OD107 memerlukan sebiji bateri bersaiz AA untuk beroperasi. Bateri ini didatangkan bersama-sama jam di dalam kotak semasa pembelian.


Jam ini dijamin selama setahun.

*Perkongsian
Saya mempunyai dua kaedah untuk mengetahui sama ada cermin yang dipasangkan pada sesebuah jam itu kaca atau plastik (jika tiada justifikasi daripada manufacturer atau seller). Cara-caranya ialah:
  1. Ketuk permukaan cermin tersebut dengan kuku jari dan dengar dentingannya. Dentingan kaca lebih "nyaring" berbanding plastic.
  2. Rasa suhu cermin menggunakan tangan. Cermin kaca lebih sejuk dalam keadaan tertentu.

No comments:

Post a Comment