Jam Loceng Seiko QXK105Z
Seiko alarm ini sudah berusia berusia belasan tahun. Saya membelinya ketika masih bujang dari salah sebuah kedai jam di pusat beli-belah Alpha Angle, Wangsa Maju. Ia masih kekal setia menjalankan tugas hingga sekarang.
Dail QXK105Z putih. Jarum jam, minit dan nombor marker diselaputi lume. Hand second berwarna jingga. Jarum "kontot" silver berperanan sebagai tetapan penggera.
Butang on/off alarm terletak pada bahagian atas case. Nada deringan cukup kuat bagi mengejutkan kita untuk bangun daripada tidur. Keseluruhan jam daripada bahan plastik kecuali parts tertentu menggunakan metal. Caseback berwarna biru muda.
Speaker penggera berada di belakang sebelah kiri jam. Di tengah-tengahnya ada punat hitam setting yang boleh ditarik, ditekan dan dipusing.
Sudut kanan caseback pula berisi bateri bersaiz C. Jangka hayat bateri selama setahun.
No comments:
Post a Comment