01 February, 2021

ARLOJI (Siri 121)

Aku dan Jam (Bahagian 15)

Fungsi Poket Kecil Seluar Jean
Jeans merupakan seluar tahan lasak yang terkenal di seluruh dunia. Ramai orang terutamanya golongan remaja meminati dan memakai jeans dalam aktiviti seharian mereka. 

Jean standard diperbuat daripada denim yang berwarna biru. Seluar ini pada awalnya dipercayai untuk kegunaan para pelombong, tentera dan cowboy. Namun, sekarang jeans telah menjadi sebahagian daripada fesyen pakaian. 

Jean mempunyai lima poket iaitu tiga di hadapan dan dua di belakang. Menerusi artikel ini saya ingin berbicara mengenai fungsi poket kecil di sebelah kanan pada bahagian hadapan. 


Terdapat pelbagai andaian tentang kepentingan pocket sedemikian dicipta. Ada yang mengatakan bahawa poket tersebut digunakan oleh para pelombong untuk menyimpan ketulan atau butiran emas yang dijumpai.


Pandangan kedua pula mengatakan poket kecil sebenarnya tempat penyimpanan jam. Pada waktu dahulu, orang lelaki menggunakan jam saku. Oleh itu, mereka memerlukan satu ruang khas supaya senang menyimpan dan mengambil jam bagi melihat waktu.

Selain itu, ada juga opinion lain berkaitan perkara di atas antaranya sebagai tempat meletakkan tiket, pemetik api dan syiling.

Saya beranggapan poket kecil ini bersifat pelbagai fungsi. Akan tetapi, saya turut tertarik dengan saranan kedua iaitu tempat menyimpan jam saku. 

**Selamat Hari Wilayah**

*Akan datang

01 January, 2021

ARLOJI (Siri 120)

Casio LA-20WH-2A

Seterusnya, saya tampilkan seutas jam tangan Casio untuk perempuan. Saya berpendapat LA-20WH-2A juga sesuai bagi kanak-kanak. 



Kerangka jam berbentuk empat segi dan kecil. Saiz case 34.5×30.4×8.6 milimeter. Paparan digital pada dail ringkas dan jelas.


Selain penunjuk masa 12/24 jam, Casio ini mempunyai fungsi hari, tanggal, penggera dan stopwatch.



Model ini kalis air dan menggunakan lampu LED suluhan cahaya amber. Product yang diperkenalkan made in China.


Keseluruhan jam berwarna biru dan diperbuat daripada resin. Hanya caseback dan butang setting menggunakan bahan stainless steel.


Jangka hayat battery CR1616 dianggarkan sekitar 5 tahun. Ketepatan jam kurang lebih 30 saat per bulan.



Bahagian atas buckle ada perkataan CASIO manakala di bawahnya China. Berat penuh item ialah 16 gram.



Jam didatangkan bersama set lengkap iaitu kotak Casio, buku manual modul 3284, kertas waranti dan tali tag. Jaminan jam selama 12 bulan (local supplier warranty). Item diperoleh ketika promosi jualan 11.11 Lazada yang lepas. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Model serupa ini mempunyai lima pilihan warna.

**Selamat Tahun Baru 2021**

15 December, 2020

ARLOJI (Siri 119)

Bonia Women Watch BNB881-2715

Jam ini ditempah secara atas talian pada 27 Jun 2020. Case berbentuk round dengan saiz 38 milimeter. Kerangka jam daripada stainless steel manakala cerminnya berbahan kaca mineral.


Dail jam putih dan sebahagian marker bernombor Arabic.


'Tombol' pelaras fungsi jam terselit pada posisi pukul 3. Tingkap hari bulan pula ada di bawah jam 4.


Model analogue 3 jarum yang dipaparkan berinjin quartz. Sebiji bateri diperlukan untuk jam beroperasi. Water resistant jam 5 ATM. Terdapat sedikit maklumat berkaitan jam pada penutup belakang.



Tali jam unik berwarna hitam dan putih. Bracelet ini diperbuat daripada ceramic dan stainless steel.



Produk fesyen di atas mendapat jaminan antarabangsa selama setahun.

01 December, 2020

ARLOJI (Siri 118)

Aku dan Jam (Bahagian 14)

Kalis Air
Boleh dikatakan kesemua jam tangan yang berada dalam pasaran sekarang adalah bersifat kalis air. Fungsi ini selalunya ada tercatat pada dail, caseback atau di kedua-duanya sekali.

Jika diperhatikan, teknologi standard kalis air sebenarnya cukup ringkas. Mereka perlu meletakkan gasket getah pada setiap sambungan jam. Contohnya, di antara case dengan penutup caseback, crown, push buttons dan sebagainya.

Anti air dapat kita dikenali melalui tulisan WR, water resistance, water resistant, water resist, waterproof, water sealed dan seumpamanya.

Sebagai peringatan, jam kalis air 50 meter bukanlah bermaksud dapat diselam sedalam 50 meter ketika situasi sebenar. Hal ini berlaku kerana tahap tekanan air dan suhu ujian makmal sangatlah berbeza daripada persekitaran biasa. Selain itu, tempoh masa selaman juga tidak sama. Kekuatan water resistant seutas jam yang dipakai boleh dikenal pasti dengan merujuk jadual di bawah.
 
Sumber daripada laman web rasmi Casio International
 
Tahap rintangan air pula diukur dengan BAR, ATM (atmosphere), meter (M) dan feet (ft).

Jam dimasuki air dapat diketahui melalui wujudnya kabus pada cermin dail. Maka cepat-cepatlah jemurnya di bawah panas matahari dan berjumpa 'doktor' jam. Jika dicerobohi air dengan kadar banyak, jam akan terus 'mati'.

Bagi memastikan elemen kalis air terus berfungsi kita dinasihatkan supaya jangan sesekali membuat adjustment crown atau menekan push buttons semasa jam di dalam air. Pastikan crown berkeadaan ketat dan sempurna sebelum melakukan aktiviti air. Ketika membuka caseback, lihat gasket penyambung sama ada masih baik mahupun tidak. Sekiranya tidak elok tukarkan getah itu. Dapatkan khidmat professional atau tukang jam yang dipercayai untuk menjalankan tugas ini. Hindarkan jam yang sudah 'tua' daripada air walaupun diver.

Jam yang paling ampuh dalam menahan air ialah  professional diver. Jam ini biasanya bersaiz besar, cermin tebal dan caseback bertutup penuh.  Setakat pengetahuan saya, diver berinjin automatik sangat popular dan terbukti kekuatannya.

15 November, 2020

ARLOJI (Siri 117)

Orient Woman OFUNF0003W


Entri saya kali ini tentang jam tangan Orient untuk wanita berkategori sports. Item dibeli secara online melalui perkhidmatan LAZADA. Saya banyak membuat pembelian atas talian kerana lebih murah, selamat dan dihantar tepat mengikut masa dijanjikan. Orient ini dipesan pada 18 Oktober 2020. 
 

Rupa bentuk case bulat berukuran 34 milimeter. Kerangkanya diperbuat menggunakan stainless steel. Bezel cantik berwarna biru tidak boleh diputar.  
 

Dail jam putih, rapi dan jelas. Sebahagian marker pula bernombor Arabic. Terdapat jenama jam di sudut atas dail.
 


Crown pelarasan agak besar, bersistem pull push berada di posisi pukul 4. Manakala 'tingkap' tarikhnya pada kedudukan jam 3.


Cerminnya berjenis dome daripada kaca mineral. Produk analog 3 hands ini bermesin quartz dari Jepun. Sebiji bateri diperlukan bagi menghidupkan jam.


Pada caseback ada logo dan tulisan ORIENT serta sedikit maklumat penting mengenai jam.
 

Tahap kalis air ialah 50 meter sesuai untuk kegiatan seharian yang tidak lasak.


Tali jam biru, berbahan rubber tebal dan lembut. Bahagian atas 'pengikat' talinya tercetak perkataan ORIENT manakala di bawahnya stainless steel.




Produk dijamin selama setahun. OFUNF0003W dibeli ketika promosi dengan harga yang amat berpatutan. Model ini bercirikan diver look.

*Akan datang
Artikel seterusnya bakal diterbitkan pada 1 Disember 2020. Tajuk Kalis Air (Aku dan Jam Bahagian 14). Nantikannya .....

01 November, 2020

ARLOJI (Siri 116)

Aku dan Jam (Bahagian 13)

Masa Menurut Islam
Sebagai seorang muslim, kita hendaklah menghargai masa. Setiap individu diberikan ruang waktu oleh Allah untuk mencari kebenaran dan melakukan kebaikan.

 
 
Terjemahan:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

01 October, 2020

ARLOJI (Siri 115)

Jam Tangan Crocodile CR544G

Artikel untuk kesekian kali ini merupakan seutas jam tangan lelaki berjenama Crocodile.


Kerangka daripada stainless steel berbentuk bulat. Dail pula hitam manakala case, marker dan hands berwarna emas.



Penampilan dress watch yang dipaparkan ringkas tetapi menarik. Produk analog 3 hands ini bermesin quartz dioperasikan dengan sebiji bateri.


Tarikh ada pada kedudukan pukul 6. Water resistant item 3 ATM. Terdapat lambang buaya dan beberapa maklumat asas berkenaan jam di caseback.


Cermin jam rata menggunakan hardened crystal. 'Tombol' pelarasan masa dan date di posisi pukul 3.


Tali model yang diperkenalkan bersaiz 22 milimeter diperbuat daripada kulit asli.


Pada bahagian atas buckle tertulis perkataan Crocodile manakala di bawahnya stainless steel.