Aku dan Jam (Bahagian 14)
Kalis Air
Boleh dikatakan kesemua jam tangan yang berada dalam pasaran sekarang adalah bersifat kalis air. Fungsi ini selalunya ada tercatat pada dail, caseback atau di kedua-duanya sekali.
Jika diperhatikan, teknologi standard kalis air sebenarnya cukup ringkas. Mereka perlu meletakkan gasket getah pada setiap sambungan jam. Contohnya, di antara case dengan penutup caseback, crown, push buttons dan sebagainya.
Anti air dapat kita dikenali melalui tulisan WR, water resistance, water resistant, water resist, waterproof, water sealed dan seumpamanya.
Sebagai peringatan, jam kalis air 50 meter bukanlah bermaksud dapat diselam sedalam 50 meter ketika situasi sebenar. Hal ini berlaku kerana tahap tekanan air dan suhu ujian makmal sangatlah berbeza daripada persekitaran biasa. Selain itu, tempoh masa selaman juga tidak sama. Kekuatan water resistant seutas jam yang dipakai boleh dikenal pasti dengan merujuk jadual di bawah.

Sumber daripada laman web rasmi Casio International |
Tahap rintangan air pula diukur dengan BAR, ATM (atmosphere), meter (M) dan feet (ft).
Jam dimasuki air dapat diketahui melalui wujudnya kabus pada cermin dail. Maka cepat-cepatlah jemurnya di bawah panas matahari dan berjumpa 'doktor' jam. Jika dicerobohi air dengan kadar banyak, jam akan terus 'mati'.
Bagi memastikan elemen kalis air terus berfungsi kita dinasihatkan supaya jangan sesekali membuat adjustment crown atau menekan push buttons semasa jam di dalam air. Pastikan crown berkeadaan ketat dan sempurna sebelum melakukan aktiviti air. Ketika membuka caseback, lihat gasket penyambung sama ada masih baik mahupun tidak. Sekiranya tidak elok tukarkan getah itu. Dapatkan khidmat professional atau tukang jam yang dipercayai untuk menjalankan tugas ini. Hindarkan jam yang sudah 'tua' daripada air walaupun diver.
Jam yang paling ampuh dalam menahan air ialah professional diver. Jam ini biasanya bersaiz besar, cermin tebal dan caseback bertutup penuh. Setakat pengetahuan saya, diver berinjin automatik sangat popular dan terbukti kekuatannya.

No comments:
Post a Comment