Aku dan Jam (Bahagian 15)
Fungsi Poket Kecil Seluar Jean
Jeans merupakan seluar tahan lasak yang terkenal di seluruh dunia. Ramai orang terutamanya golongan remaja meminati dan memakai jeans dalam aktiviti seharian mereka.
Jean standard diperbuat daripada denim yang berwarna biru. Seluar ini pada awalnya dipercayai untuk kegunaan para pelombong, tentera dan cowboy. Namun, sekarang jeans telah menjadi sebahagian daripada fesyen pakaian.
Jean mempunyai lima poket iaitu tiga di hadapan dan dua di belakang. Menerusi artikel ini saya ingin berbicara mengenai fungsi poket kecil di sebelah kanan pada bahagian hadapan.
Terdapat pelbagai andaian tentang kepentingan pocket sedemikian dicipta. Ada yang mengatakan bahawa poket tersebut digunakan oleh para pelombong untuk menyimpan ketulan atau butiran emas yang dijumpai.
Pandangan kedua pula mengatakan poket kecil sebenarnya tempat penyimpanan jam. Pada waktu dahulu, orang lelaki menggunakan jam saku. Oleh itu, mereka memerlukan satu ruang khas supaya senang menyimpan dan mengambil jam bagi melihat waktu.
Selain itu, ada juga opinion lain berkaitan perkara di atas antaranya sebagai tempat meletakkan tiket, pemetik api dan syiling.
Saya beranggapan poket kecil ini bersifat pelbagai fungsi. Akan tetapi, saya turut tertarik dengan saranan kedua iaitu tempat menyimpan jam saku.
**Selamat Hari Wilayah**
*Akan datang
No comments:
Post a Comment