01 September, 2020

ARLOJI (Siri 113)

Menara Jam (Edisi 8)

Bangunan Sultan Abdul Samad
Mercu tanda bersejarah ini terletak di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Lokasinya strategik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.


Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada era kolonial masih kekal hingga sekarang. Building yang dipaparkan tergolong dalam 'bangunan warisan'. Di hadapannya ialah Dataran Merdeka.



Pelbagai program peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa berlangsung di sini. Antaranya ialah perarakan Hari Kemerdekaan, perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi dan sebagainya.



Terdapat sebuah menara jam pada bahagian atas bangunan ini.





Mengikut maklumat yang saya perolehi, jam buatan England ini telah beroperasi lebih daripada 100 tahun. Jam yang ada dijaga oleh kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).




Masa yang ditunjukkan tepat dengan waktu sebenar Malaysia. Para petugas yang bertanggungjawab perlu memastikan jam besar terus berfungsi secara manual.



Gambar-gambar diambil pada Hari Raya Aidifitri 2020. Cuaca ketika itu mendung walaupun jam menunjukkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

**SELAMAT HARI MERDEKA KE-63**
MALAYSIA PRIHATIN

15 August, 2020

ARLOJI (Siri 112)

Polo Club Britannia No. 8021G

Artikel saya seterusnya tentang jam tangan Polo Club Britannia. Model yang diperkenalkan sesuai bagi kaum lelaki.


Case berbentuk round. Dail pula cerah jelas dipandang ketika ingin mengetahui masa. Produk tidak dilengkapi fungsi hari mahupun tarikh. Terdapat logo kuda dan penunggang di sudut bawah permukaan jam.


Bezel, marker, hands, crown dan sebahagian tali colour emas. Manakala bahagian yang lain berwarna silver. Crown berada di posisi pukul tiga.


Model analog 3 hands yang dipaparkan berteknologi quartz. Jam dihidupkan dengan sebiji bateri.


Movement yang digunakan buatan Jepun. Jam bersifat kalis air. Namun, tahapnya tidak dinyatakan.


Reka bentuk bracelet cantik. Pada clasp (kancing) ada tertulis jenamanya.



Keseluruhan jam daripada besi/stainless steel kecuali cermin.



Product dijamin selama setahun. Polo Club Britannia boleh didapati di pasar raya AEON (Jaya Jusco) sekiranya berminat. Harga brand ini adalah berpatutan.

01 August, 2020

ARLOJI (Siri 111)

Menara Jam (Edisi 7)

Parit Clock Tower
Parit merupakan sebuah pekan lama yang tenteram dan sunyi. Kedudukannya di tepi Sungai Perak. Pekan ini dihubungkan dengan jalinan jalan raya menuju ke Seri Iskandar, Batu Gajah dan Beruas. Walaupun bertaraf pekan kecil, namun di sini terdapat banyak infrastruktur penting misalnya masjid, sekolah, bank, stesen minyak, dan kedai-kedai untuk kemudahan penduduk setempat. Parit terletak di bawah jajahan Majlis Daerah Perak Tengah.



Menara jam ini berada di persimpangan lampu isyarat pekan Parit. Seni bina tower unik, bersegi, bercat kuning dengan kubah di puncaknya.



Di bawah kubah ada empat buah jam berbentuk bulat daripada jenama Burk. Burk adalah brand lama dari Jerman. Marker pula hitam bersistem nombor. Jam analog ini tiada jarum saat.


Jamnya masih berfungsi menunjukkan waktu untuk rujukan penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.




'Bangunan' dibina bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi mercu tanda Parit hingga kini. Monumen ini juga lambang perpaduan serta semangat kerjasama masyarakat di mana turut sama memberikan sumbangan dalam pembinaan menara jam Parit.



**Selamat Hari Raya Aidiladha**

15 July, 2020

ARLOJI (Siri 110)

Bonia Men Classic Quartz BNB 10557-1632

Ini pula pasangan (pair) kepada jam Bonia perempuan sebelumnya iaitu BNB 10557-2632.

Ukuran diameter case 41 mm. Sesuai untuk lelaki yang gemarkan jam minimal dan nipis. Saksikan .....









01 July, 2020

ARLOJI (Siri 109)

Bonia Ladies Classic Quartz BNB 10557-2632



Paparan kali ini tentang jam tangan Bonia untuk perempuan. Nombor model jam yang saya bicarakan ialah BNB 10557-2632.


Reka bentuk case bulat berdiameter 34 mm. Saya berpendapat ukuran sebegini sangat cocok dengan pergelangan tangan yang montel.


Dail pula hitam bercorak. Kemasan dail ringkas memudahkan si pemakai melihat waktu.


Produk analog 3 hands ini berteknologi quartz. Movement jam dari Jepun dan dihidupkan dengan sebiji bateri.


Crown di posisi pukul 3 manakala tarikh pada pukul 6.


Material cermin mineral crystal. Tahap rintangan air ialah 3 ATM.


Terdapat sedikit keterangan mengenai jam di bahagian caseback.


Keseluruhan item iaitu kerangka dan tali diperbuat menggunakan stainless steel.


Jam dibeli daripada A.D. Time Sdn. Bhd. menerusi laman Lazada. Tempoh jaminannya selama setahun.

15 June, 2020

ARLOJI (Siri 108)

Aku dan Jam (Bahagian 12)

Watch Enthusiast
Bicara saya hari ini mengenai minat dan pendapat peribadi tentang dunia jam tangan. Ramai orang gemar akan jam tangan tetapi pada tahap yang berbeza. Tanggapan mereka terhadap jam yang dimiliki juga tidak sama. Saya mengkategorikan para peminat jam kepada tiga kelompok utama iaitu newbie/beginner, pertengahan dan horologist.

Newbie bermaksud pemula atau pengguna baru. Mereka kurang atau tidak mengerti apa-apa berkenaan jam tangan. Jam yang dipakai selalunya semata-mata untuk melihat waktu dan cantik sahaja. Individu seperti ini pada kebiasaannya lebih terdorong untuk membeli jam yang mampu milik dan bersifat  fashionable.

Golongan kedua ialah pertengahan. Mereka membeli jam tertentu dan memiliki sedikit pengetahuan berkaitan horologi. Orang yang berada dalam kumpulan ini mula menghargai serta prihatin terhadap jam di pergelangan tangan.  Ada yang sudah boleh bercerita serba sedikit berkenaan jam yang digunakan.

Horologist pula ialah orang yang sangat berminat dan mahir tentang jam. Mereka mempunyai ilmu, berkomentar dan boleh dijadikan sumber rujukan oleh orang lain. Kelompok ini arif dan ada di antaranya mampu membaik pulih jam tangan sendiri tanpa perlu ke kedai jam. Mereka tahu semua aspek berkaitan jam termasuk sejarah, kesenian, kualiti, soal harga hinggalah kepada hukum fizik pergerakan movement.

Watch Collector
Pengumpul jam terbahagi kepada dua iaitu collector berdasarkan jenama dan collector pelbagai jenama. Ada di antara mereka melakukan kesenangan ini untuk kepuasan diri dan ada pula yang bertujuan meraih sumber pendapatan. Mereka selalunya mempunyai rakan sehobi yang sering berkomunikasi secara langsung atau menggunakan medium baru seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya. Saya berpendapat, 'kolektor' ialah orang yang sanggup berbelanja besar demi memenuhi hajat masing-masing.

'Penternak' jam mengikut jenama pada adatnya sering dirujuk kepada individu yang menyimpan banyak model jam daripada brand terkenal yang sama. Contohnya, penggemar Rolex, Seiko dan G-Shock.

Kumpulan kedua ialah pengumpul jam pelbagai jenama. Mereka lebih bebas serta tidak terikat. Jam yang dikumpulkan kerana minat peribadi berdasarkan ciri-ciri dikehendaki. Misalnya, peminat jam vintage.

Kesimpulan
Perbincangan ini bertujuan berkongsi pengetahuan sahaja. Anda layak membuat justifikasi sendiri pada tahap mana anda berada. Kita semua ialah peminat jam. Saya berfikiran bahawa seseorang itu tetap bergelar watch enthusiast jika ada dan memakai jam tangan. Anda juga saya anggap watch collector jika jamnya sudah lebih daripada satu.

**Alhamdulillah. Selamat menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan**