Jam dinding ini berbentuk bulat diperbuat daripada bahan plastik. Total weight jam ialah 540 gram dan berukuran 260×260×40 mm.
Bezel berwarna coklat kelihatan sangat menarik seakan-akan kayu sebenar. Dail jam cerah manakala marker bernombor Arabic hitam. Jarum jam dan minit umpama tombak.
Cerminnya pula berbentuk cembung (buncit). Produk ini bergaya klasik dan kemas buatannya.
Injin jam smooth second hand dihidupkan dengan sebiji bateri bersaiz R6P. Jangka hayat bateri dianggarkan selama setahun. Pada masa sekarang, saya melihat banyak pengeluar jam menggunakan mesin silent untuk dipasangkan pada model buatan mereka.
Hand second jam bergerak lancar (sweep) tanpa mengeluarkan bunyi detikan (tick-tock). Model ini sesuai digantung pada dinding bilik tidur kerana tiada bunyi bising.
Tahap ketepatan jam ialah kira-kira ±20 saat per bulan. Bahagian belakang jam hitam. Case dan movement jam made in China.
Keseluruhannya, jam ini cantik. Ia dibeli di sebuah kedai borong dengan harga yang berpatutan.
*Nota
Pada pemerhatian saya, harga jam sekarang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang, cukai GST dan kadar nilai pertukaran mata wang.
No comments:
Post a Comment