30 October, 2016

ARLOJI (Siri 42)

Alba AV3137X1

Setakat pengetahuan saya, jam berjenama Alba hanya dikeluarkan untuk pasaran sekitar Asia dan Middle East sahaja. Ia merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan Seiko Watch Corporation.


Saya membeli produk ini secara online dari City Chain (seller) menerusi laman web Lazada. Ia dihantar terus menggunakan perkhidmatan Poslaju dan sampai dalam tempoh yang dijanjikan. City Chain merupakan sebuah syarikat terkenal yang mempunyai rangkaian kedai jam di seluruh negara. Pelbagai jenama dijual di premis mereka misalnya Seiko, Titus, Casio dan sebagainya (termasuklah Alba).


Jam ini untuk golongan lelaki. Rupa bentuknya bulat dan berada dalam kategori active. Model analog ini digerakkan oleh kuasa bateri. Ia menggunakan caliber number VJ43-X014 (Japan movement).


Jam didatangkan dengan set lengkap iaitu kotak hitam berserta sarung kertas (putih), jam, buku panduan dan kad waranti.


Dail jam gelap manakala marker dan jarumnya pula lebih cerah. Lume yang ada pada model ini berstandard biasa sahaja serta tidak tahan lama. Jarum saat jam berwarna orange.

Bezel jam juga berwarna oren tetapi tidak boleh diputar. Namun, jika dilihat secara sepintas lalu produk ini seakan-akan model diver.


Apa yang menarik tentang model Alba ini ialah tingkap hari pada posisi pukul 3 boleh ditukar kepada tulisan arab/jawi (rujuk gambar di atas).

Selain itu, ia bercermin sapphire. Untuk perhatian semua, cermin kalis calar selalunya hanya dipasangkan untuk jam yang berharga mahal sahaja.

Tahap ketahanan air jam pula ialah 10 BAR atau 100 meter.





Crown jam jenis pull/push. Saiznya agak besar dan senang untuk kita melaraskan fungsi jam.


Tali jam hitam dan diperbuat daripada resin.


Buckle jam daripada stainless steel. Terdapat goresan perkataan ALBA pada bahagian luarnya.


AV3137X1 dijamin selama setahun. Pada saya, mutu produk keluaran Alba adalah baik dan memuaskan. Harga jam-jam syarikat mereka berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki.

2 comments:

  1. Harga untuk model ini berapa ya? Saya cari di lazada tapi tak jumpa atau memang alba dah hentikan keluaran model ini tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga jam tidak sama bergantung kepada seller. Saya juga tidak pernah menjumpai model ini lagi.

      Delete