15 April, 2020

ARLOJI (Siri 104)

Aku dan Jam (Bahagian 11)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Bermula 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP di seluruh negara. 'Lockdown' versi Malaysia ini diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan memutuskan rantaian pandemik (ڤندميک) COVID-19.

Malaysia Movement Control Order (MCO) diumumkan untuk tempoh dua minggu dan bakal disambung mengikut keperluan yang difikirkan wajar oleh pihak goverment. Setakat 15 April 2020, Perintah Kawalan Pergerakan ini sudah berada pada fasa ketiga hingga 28 April 2020 nanti.


Sepanjang tempoh MCO, rakyat diminta bersabar dan berada di rumah. Semua kegiatan harian terbatas. Hanya sektor perniagaan dan perkhidmatan penting sahaja layak beroperasi. Pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan disediakan kerajaan kepada warganegara supaya keperluan asas mereka mencukupi.

Sumber daripada portal rasmi KKM

Semasa PKP membanteras wabak COVID-19 berkuatkuasa, semua penduduk tempatan dan warga asing dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan pada tahap tertinggi. Kita mestilah kekal di rumah, kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung apabila di tempat tumpuan ramai dan menjaga jarak sosial.

Saya dan keluarga turut  mengalami situasi ini. Sebagai ketua keluarga, saya akan keluar membeli bahan makanan tiga hari sekali di kedai berdekatan. 

Aktiviti ARLOJI saya pula sedikit terkesan berikutan kedai jam yang ditutup. Namun begitu, syukur kepada Allah kerana perniagaan online masih dibuka. Saya perlu rajin belajar cara-cara menyelenggarakan jam-jam sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah melakukan DIY untuk memotong tali jam. InsyaAllah, saya akan cuba lakukannya nanti.

#STAYATHOME
#DUDUKDIRUMAH
#KITAJAGAKITA

01 April, 2020

ARLOJI (Siri 103)

Aku dan Jam (Bahagian 10)

Marco Corporation (M) Sdn. Bhd.
Pada penghujung tahun 2019, saya berkesempatan ke Marco Service Centre yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Tujuan saya ke sana ialah menukar tali jam Casio Prayer Compass dan Baby-G yang 'gelang getah' (free loop) telah putus.

Saya berpendapat, band Casio CPW-500H-1AVDR agak sukar diperoleh kerana tidak ramai orang memakai model berjenis ini.


Sebelum itu, saya pernah ke sebuah kedai pemborong jam bagi mendapatkan talinya tetapi gagal.

Tali baru

Perkara sama turut berlaku semasa saya ingin menukarkan tali jam Baby-G BA-110-1A. Saya telah pergi ke dua buah rangkaian kedai jam popular yang berbeza namun tiada. Pekerja kedai tersebut menyatakan bahawa mereka hanya menjual jam brand Casio tidak menjual spare parts. Beliau memberitahu bahawa pihaknya boleh membantu saya mendapatkan tali ganti namun mengambil masa agak lama. Jam perlu ditinggalkan untuk dihantar ke pusat servis.



Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk terus ke Marco. Setahu saya, Marco merupakan pengedar tunggal Casio di Malaysia.

Saya bersama keluarga ketika ke sana. Saya ingin mendedahkan anak-anak tentang jam. Mereka perlu tahu serba sedikit berkaitan Casio dan menghargai jam yang dipakai.

Kunjungan kali pertama cuma untuk membuat tempahan alat ganti yang diingini. Kita juga perlu membayar terus harga barangan dan perkhidmatan yang diperlukan itu.


Staf syarikat tersebut memaklumkan mereka perlu order item yang dikehendaki terlebih dahulu kerana mereka tidak menyimpan alat ganti. Hal ini berlaku kerana Casio mengeluarkan terlalu banyak model jamnya di pasaran. Kakitangan tersebut menjelaskan tempoh masa menunggu bagi saya mendapatkan barang itu kira-kira dua minggu hingga ke dua bulan. Saya boleh membawa pulang semula jam yang bakal dibaik pulih.

Pihak Marco akan menghubungi kita semula setelah alat ganti sampai menerusi SMS.


Alhamdulillah. Sekitar dua minggu item yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saya sekali lagi ke Segambut untuk proses penukaran tali jam. Kerja-kerja dilakukan oleh petugas pada hari itu tidaklah lama cuma mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja.  Kita boleh memilih sama ada ingin menggunakan perkhidmatan pemasangan mereka atau melakukannya sendiri di rumah.

Bagi model Baby-G ini saya turut menukarkan bezel dan spring rod.


Bezel elastik

Plastik pembungkus tali jam


Akhirnya, jam kelihatan seperti baru semula.



Push buttons masih yang asal

01 March, 2020

ARLOJI (Siri 102)

Ice-Watch ICE Sixty Nine Twilight Blue

Posting seterusnya tentang jam tangan Ice-Watch. Reference number 007 271.



Case model bulat bersaiz medium (43 mm). Item sesuai dipakai untuk remaja lelaki mahupun perempuan.


Permukaan dail berkilau (glossy) dilitupi kaca mineral.


Keseluruhan jam berwarna twilight blue / dark blue. Jika diperhatikan Ice-Watch yang dipaparkan bergaya diver.


Jam analog 3 hands ini menggunakan movement Miyota dari Jepun. Hand hour cantik dengan lambang 'Mercedes' seperti diver dulu-dulu. Produk yang dipaparkan tidak dilengkapi hari atau tarikh.


Crown berada pada tengah sisi kanan dan berlogo. Bezel boleh diputar sehala sebanyak 60 klik serta berbunyi.


Terdapat beberapa maklumat berkenaan jam di bahagian caseback. Ada sticker hologram ditampal padanya. "Barang ori" ini rekaan Belgium dan diproduksi di China.


Tahap kalis airnya 10 ATM iaitu bersamaan 100 meter.


Tali diperbuat daripada material silicone dan bercorak. Buckle pula berbahan stainless steel tanpa trademark.


Jam dijamin selama dua tahun (local supplier warranty). Saya berpendapat produk jenama ini berada dalam kategori fashion watch.

15 February, 2020

ARLOJI (Siri 101)

Kotak Jam



Saya sudah lama teringin membeli kotak simpanan jam. Namun, hajat ini sering tertangguh bila memikirkan kos dan keperluan.


Watch box yang ditampilkan berbentuk empat segi sama. Buatannya kemas dan cantik.

Engsel

'Penyelak' besi


Kerangka daripada kayu manakala permukaan atas case bercermin kaca. Bahagian dalam kotak pula menggunakan kain baldu berwarna coklat krim.



Watch case ini boleh memuatkan 12 utas jam tangan dan sesuai diletakkan di atas meja solek.



Antara kelebihan menyimpan jam di dalam kotak khas ialah mengelakkan habuk atau debu. Selain itu, kita lebih senang memilih jam mana yang ingin dipakai pada hari tersebut. Jam disimpan juga teratur serta tidak bercalar akibat bergesel sesama sendiri.


Item diperoleh dari sebuah kedai jam di Bandar Baru Ampang, Selangor. Harga yang ditawarkan adalah terjangkau. Kotak penyimpanan jam ini tiada jenama.

01 February, 2020

ARLOJI (Siri 100)

Menara Jam (Edisi 5)

Pintu Gerbang Kuala Lumpur
Setakat pengetahuan saya, pintu gerbang Kuala Lumpur ada di tiga tempat berbeza iaitu di Jalan Duta (arah Utara), Sungai Besi (arah Selatan) dan Selayang berdekatan pasar borong.

Struktur 'bangunan' ini berdiri megah merintangi jalan raya menjadi daya tarikan kepada sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut terutamanya waktu malam. Pada waktu malam Pintu Gerbang Kuala Lumpur akan disinari cahaya lampu yang berwarna-warni.




Gambar-gambar diambil ketika siang hari. Lokasinya di Sungai Besi berhampiran Dunia Perabot. Ia terletak di laluan utama arah Selatan selepas Tol PLUS Sungai Besi jika kita dari Seremban menuju ke pusat bandar raya.




Selain binaannya yang penuh seni, apa yang mencuri perhatian saya ialah jam yang berada di puncaknya.


Rupa bentuk jam bulat, berhuruf Roman dengan marker berwarna hitam.




Ini pula sudut pandangan sisi pintu gerbang.




Pintu gerbang dan jam yang terdapat di sini mengingatkan saya kepada Bangunan Sultan Abdul Samad serta jamnya di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. 😎

**Selamat Hari Wilayah**

15 January, 2020

ARLOJI (Siri 99)

Casio Baby-G BA-255WLP-7ADR Wildlife Promising



Baby-G yang ditampilkan ini adalah model kolaborasi. Kotak jamnya agak berlainan daripada kebiasaan dan terhad. Sarung kotak dipenuhi gambar pelbagai haiwan liar Afrika di samping logo bermotto LOVE THE SEA AND THE EARTH 2019.

Sumber daripada laman rasmi Casio



Item dibeli secara atas talian ketika promosi jualan Lazada 11.11. Seller berpengkalan di Puchong, Selangor. Cara pembungkusan barangan cukup cermat dan jam diterima dalam keadaan baik. Proses penghantaran cepat hanya mengambil masa dua hari dengan perkhidmatan kurier GDex.

'Wajah' jam berbentuk bulat dan cantik sesuai untuk kaum Hawa. Kemasan permukaan dail menarik walaupun ringkas. Produk bermotifkan burung  lilac-breasted roller (14 colour) tetapi didominasi oleh putih.

Lilac-breasted roller
(Sumber daripada laman rasmi Casio)



Jam quartz analog-digital ini tidak mempunyai jarum saat. Terdapat empat butang pelarasan fungsi di bahagian tepi case iaitu adjust, light, mode dan search. Sebuah 'kitab' tebal Casio modul 5593 dibekalkan sebagai rujukan.


Selain daripada menyukat waktu (world time), product ini turut dilengkapi tarikh, penggera dan stopwatch.


Movement jam buatan Jepun tetapi dipasangkan di China.


Cermin hadapan berkaca mineral dan rata. Lampu yang digunapakai bagi model ini berjenis neon illuminator (backlight LED).


Ada logo Wildlife Promosing pada caseback.

Ketepatan masa ±30 saat per bulan. Jam dihidupkan dengan kuasa bateri bersaiz CR1220 yang dijangka mampu bertahan selama 3 tahun.

Tahap kalis air BA-255WLP-7ADR ialah 100 meter. Berat penuh jam 33 gram.



Band dan buckle diperbuat menggunakan bahan resin. Pada tali tertulis perkataan WILDLIFE PROMISING.


Baby-G ini diperoleh dengan harga berpatutan serta dijamin oleh penjual selama setahun.

*Perkongsian
Keterangan lanjut berkaitan siri dan model kolaborasi ini boleh diikuti melalui pautan di bawah:

https://www.casio-intl.com/my/en/news/2019/0123_wat/