01 April, 2020

ARLOJI (Siri 103)

Aku dan Jam (Bahagian 10)

Marco Corporation (M) Sdn. Bhd.
Pada penghujung tahun 2019, saya berkesempatan ke Marco Service Centre yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Tujuan saya ke sana ialah menukar tali jam Casio Prayer Compass dan Baby-G yang 'gelang getah' (free loop) telah putus.

Saya berpendapat, band Casio CPW-500H-1AVDR agak sukar diperoleh kerana tidak ramai orang memakai model berjenis ini.


Sebelum itu, saya pernah ke sebuah kedai pemborong jam bagi mendapatkan talinya tetapi gagal.

Tali baru

Perkara sama turut berlaku semasa saya ingin menukarkan tali jam Baby-G BA-110-1A. Saya telah pergi ke dua buah rangkaian kedai jam popular yang berbeza namun tiada. Pekerja kedai tersebut menyatakan bahawa mereka hanya menjual jam brand Casio tidak menjual spare parts. Beliau memberitahu bahawa pihaknya boleh membantu saya mendapatkan tali ganti namun mengambil masa agak lama. Jam perlu ditinggalkan untuk dihantar ke pusat servis.



Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk terus ke Marco. Setahu saya, Marco merupakan pengedar tunggal Casio di Malaysia.

Saya bersama keluarga ketika ke sana. Saya ingin mendedahkan anak-anak tentang jam. Mereka perlu tahu serba sedikit berkaitan Casio dan menghargai jam yang dipakai.

Kunjungan kali pertama cuma untuk membuat tempahan alat ganti yang diingini. Kita juga perlu membayar terus harga barangan dan perkhidmatan yang diperlukan itu.


Staf syarikat tersebut memaklumkan mereka perlu order item yang dikehendaki terlebih dahulu kerana mereka tidak menyimpan alat ganti. Hal ini berlaku kerana Casio mengeluarkan terlalu banyak model jamnya di pasaran. Kakitangan tersebut menjelaskan tempoh masa menunggu bagi saya mendapatkan barang itu kira-kira dua minggu hingga ke dua bulan. Saya boleh membawa pulang semula jam yang bakal dibaik pulih.

Pihak Marco akan menghubungi kita semula setelah alat ganti sampai menerusi SMS.


Alhamdulillah. Sekitar dua minggu item yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saya sekali lagi ke Segambut untuk proses penukaran tali jam. Kerja-kerja dilakukan oleh petugas pada hari itu tidaklah lama cuma mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja.  Kita boleh memilih sama ada ingin menggunakan perkhidmatan pemasangan mereka atau melakukannya sendiri di rumah.

Bagi model Baby-G ini saya turut menukarkan bezel dan spring rod.


Bezel elastik

Plastik pembungkus tali jam


Akhirnya, jam kelihatan seperti baru semula.



Push buttons masih yang asal

No comments:

Post a Comment