15 July, 2018

ARLOJI (Siri 79)

Aku dan Jam  (Bahagian 8)

Kegunaan Minyak Zippo
Zippo merupakan sebuah syarikat pemetik api tersohor di seluruh dunia. Lighters buatan mereka dihasilkan daripada metal terkenal dengan bunyi click dan windproof. Company ini berpangkalan di USA.


Selain daripada memproduksi pemetik api, Zippo turut mengeluarkan barangan berkaitan dan aksesori lain termasuk Zippo fluid. Minyak ini adalah bahan api berupa cecair yang digunakan untuk produk lighters mereka.



Namun begitu, minyak Zippo sebenarnya baik untuk membersihkan cermin jam dinding di rumah kita. Cermin jam yang kusam serta kotor akan menjadi bersih kembali.


Apa yang anda perlukan hanya sehelai tuala kecil dan minyak ini. Prosesnya cukup mudah iaitu lapkan cermin jam yang dikehendaki dengan tuala yang dibasahkan dengan fluid sehingga cuci. InsyaAllah sebarang kotoran termasuk yang bergetah hilamg selepas itu.

Inilah kaedah yang saya praktikkan untuk diri sendiri. Pada pemerhatian saya terdapat juga pekerja kedai jam yang berbuat sedemikian. Cuma, lakukan dengan berhati-hati dan apabila berasa diperlukan sahaja.

Nasihat saya, jika anda tidak yakin dengan cara ini jangan sesekali melakukannya. Anda mungkin mempunyai teknik yang lebih baik daripada apa yang saya ceritakan. Article ditulis sekadar perkongsian pengalaman.

*Info
Jenama Zippo ada mengeluarkan jam tangan. 

01 July, 2018

ARLOJI (Siri 78)

Jam Dinding Seiko QXA221S




Jam yang ingin saya perkatakan ini berbentuk bulat, kemas dan cantik.




Ia merupakan sebuah jam analog 3 hands berkuasa bateri. Sebiji battery bersaiz AA diperlukan bagi menghidupkan jam selama setahun.


Dail, case dan caseback diperbuat daripada plastik.



Case Seiko clock ini agak berseni dengan gabungan warna silver dan gold.



Model ini berteknologi quartz berinjin standard daripada SKP. Marker pula bersistem nombor sangat jelas untuk pengguna mengetahui masa.


Setakat pengalaman saya, jam-jam dinding keluaran Seiko tahan lama dan berbaloi untuk dimiliki. QXA221S sesuai digantung pada bahagian ruang tamu dan dijadikan jam utama.

*Perkongsian
Gunakanlah bateri original supaya jam kepunyaan kita dapat beroperasi dengan cemerlang. Jangan sesekali membeli bateri tiruan seperti yang banyak terdapat di pasar malam semata-mata untuk berjimat.

22 June, 2018

ARLOJI (Siri 77)

FIFA World Cup Russia 2018


Kempen FIFA World Cup 2018 sudah bermula. Kali ini Russia menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia. Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian. Kesemua negara dan pemain antarabangsa terlibat sedang berentap di peringkat kumpulan.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui TV1, TV2 serta saluran RTM HD menjadi penyiar rasmi perlawanan. Sebanyak 41 siaran langsung, tertunda dan ulangan telah dan akan dipertontonkan kepada para peminat Malaysia.


Di samping menyaksikan perlawanan bola sepak, saya turut tertarik dengan jam rasmi para pengadil pertandingan iaitu Hublot Big Bang (Limited edition).



Setakat pengetahuan saya, Hublot turut menjadi penaja rasmi (Official timekeeper) untuk kejohanan Piala Dunia Brazil 2014 yang lepas.

*Sumber
Logo, gambar dan video di atas dimuat turun daripada Internet.

15 May, 2018

ARLOJI (Siri 76)

Casio Pro Trek PRG-300-1A4DR


Pada awal tahun 2018, saya sekali lagi ke Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang. Di sana terdapat pelbagai kedai/butik barangan berjenama termasuklah beberapa buah kedai jam. 

Ketika kunjungan itu, saya menemui sebuah kedai jam yang menawarkan harga berpatutan. Menurut jurujual bertugas, outlet mereka baru sahaja dibuka bermula Disember lepas.



Jam yang ingin saya perkenalkan ini dibungkus kemas menggunakan kotak kertas pada bahagian luar manakala di dalamnya berkotak "kayu".


Case jam berbentuk bulat dengan ukuran 56x47x12.6 mm. Dail digital besar, ringkas dan senang melihat paparan waktu atau fungsinya yang lain. Ia merupakan seutas jam Pro Trek Triple Sensor Version 3 lineup. Tiga sensor yang dimaksudkan ialah kompas (digital), barometer/thermometer dan altimeter.




Lampu jam bercahaya LED white. Selain itu, item yang diperkenalkan juga mempunyai tarikh, hari, penggera, world time, 12/24 jam dan sebagainya.


Bezel PRG300-1A4DR hitam dan pink tidak  boleh diputar. Oleh itu, saya beranggapan jam ini hanya cantik dipakai oleh perempuan. Jika disarungkan pada pergelangan tangan lelaki nampak "jambulah pulak" (dipetik daripada kata-kata salesman yang melayan kami).


Model berkuasa solar ini turut dilengkapi power saving (PS) sebagai langkah penjimatan tenaga. Tahap ketahanan airnya ialah 100 meter. Accuracy jam ±15 saat per bulan. Item ini hasilkan di Thailand. Bahagian belakang terdapat logo bergambar gunung serta maklumat penting tentang jam.


Tali jam daripada resin. Total weight ialah 57 gram.





Setakat apa yang saya ketahui  produk-produk Pro Trek dibina khusus untuk keperluan para pendaki dan peminat sukan ekstrem tersebut. Pelarasan fungsi jam boleh dilakukan dengan merujuk modul nombor 3443.
                                                 

Keseluruhan  jam menggunapakai bahan plastic kecuali caseback, buckle dan cermin. Caseback dan buckle daripada stainless steel manakala cermin pula kaca mineral.

Jam dibeli pada harga promosi serta dijamin selama setahun.

09 May, 2018

PRU Malaysia Ke-14

#MalaysiaMengundi
9 Mei 2018

01 May, 2018

ARLOJI (Siri 75)

Orient OR119



OR119 berbentuk empat segi. Dail jam putih manakala marker dan hands berwarna hitam.

  


Case pula colour biru dan diperbuat daripada bahan plastic.



Kaedah pergerakan jarum saatnya standard iaitu detikan (per second).



Sehelai kertas operation instruction disertakan di dalam kotak semasa pembelian.



Orient ini menggunapakai enjin quartz daripada jenama SKP. Sebiji battery AA diperlukan untuk menjalankan operasi jam.


Harga model ini murah serta berbaloi untuk dimiliki. Ia dijamin selama setahun.

**Selamat Hari Pekerja**

15 April, 2018

ARLOJI (Siri 74)

Casio MTP-1216A-7BDF




Casio ini adalah untuk lelaki. Rupa bentuk case/bezel (ion plated) bulat dengan ukuran 46x39.6x8.1 mm.


Marker jam menggunakan sistem nombor bersalut lume. Selain itu, lume turut terdapat pada hand hour dan hand minute. 


Dail berwarna putih. Crown berjenis pull/push berada di posisi pukul 3. Jam mempunyai water resist tetapi tahapnya tidak dinyatakan.



Casio analog 3 hands ini tiada day mahupun date.




Case dan bracelet diperbuat daripada  besi (stainless steel). Cermin hadapan menggunapakai kaca mineral. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memakainya bagi mengelakkan calar.



MTP-1216A-7BDF buatan China. Adjustment jam mudah dan senang difahami. Pengguna boleh merujuk modul nombor 1330 untuk keterangan lebih lanjut.


Enjin yang dipasangkan pada item pula Japan made. Ketepatan masanya ialah ±20 saat per bulan. Bateri SR626SW dijangka tahan kira-kira 3 tahun.


Total weight produk 91 g. Sesuai untuk pergelangan tangan bersaiz Asia.


"Rantai" logamnya cantik dengan tulisan CASIO pada clasp (triple-fold calsp). Bracelet panjang patut dipotong mengikut keselesaan tangan agar tampak lebih kemas dan bergaya.


Jam dibeli pada harga berpatutan. Ia elok untuk kegunaan harian (everyday use).