Bonia Watch BNB 10520-2587
Cantik. Jam Bonia perempuan ini memang cantik. Item dipesan pada 15 Jun 2021 menerusi laman Lazada.
Produk dibeli terus daripada A. D. Time Sdn. Bhd. Kotak BNB 10520-2587 agak special. Kotak luar berwarna coklat muda (keemasan) dan kotak bahagian dalamnya 'bling-bling'.
Jam didatangkan bersama dua tali iaitu stainless steel dan leather. Keseluruhan jam didominasi warna rose gold.
Diameter case 34 milimeter. Dail jam biru dihiasi Swarovski®. Cermin hadapan jam berkaca sapphire.
Bonia ini bermesin quartz dari Jepun. Sebiji bateri diperlukan untuk menggerakkan 3 jarum analognya. 'Mahkota' berada di posisi pukul 3.
Water resistant jam 5 ATM atau 50 meter. Di kerangka belakang terdapat beberapa maklumat penting berkaitan model ini.
Rekaan tali jam kemas berjenis mesh. Pada bahagian luar 'pengikat' tali ada tulisan BONIA dan di sebelah dalam perkataan STAINLESS STEEL.
Saya berpendapat item kali ini trendy. Jam tangan orang muda. Pada pemerhatian saya, arloji buatan Bonia berkualiti dan tahan lama jika dipakai seperti yang disarankan.
Gambar-gambat diambil sebelum plastik pembalut dibuka. Produk diterima pada 18 Jun 2021 dalam bentuk set lengkap dan mendapat jaminan antarabangsa selama setahun.
*** Selamat Hari Merdeka kali ke-64***
No comments:
Post a Comment