15 June, 2021

ARLOJI (Siri 129)

G-Shock GA-800-1ADR

GA-800-1ADR dibeli pada 6 Jun 2021 menggunakan marketplace Lazada. Proses penghantaran jam dilakukan sendiri oleh Lazada Express. Parcel tiba 5 hari kemudian iaitu 11 Jun 2021.

  


Jam analog-digital ini berbentuk bulat. Saiz kerangka 54.1x48.6x15.5 milimeter. Case serta tali berbahan resin dan hitam. Saya memilih warna hitam kerana kelihatan 'normal' serta senang dijaga. Colour hitam juga sesuai untuk day use dan lasak.


Cermin jam berbahan kaca mineral. Kemasan dail adalah ringkas memudahkan pengguna melihat waktu. Hand hour dan minute bersalut lume.


G-Shock pelbagai fungsi ini mempunyai 5 butang tetapan. Butang-butang tersebut ialah adjust, reset, mode, start dan light


Button lampu berada di posisi bawah pukul 6. Nyalaan lampunya terang. Terdapat 2 lampu berjenis LED di model GA-800. Lampu pertama menyuluh keseluruhan dail jam manakala lampu kedua bagi menerangi panel digital. Tempoh lampu bernyala boleh diubah sama ada 1.5 atau 3 saat. Selain itu, jam ini ada auto light.


Keistimewaan jam ialah lap memory 120. Selain masa, produk yang dipaparkan turut dilengkapi kelendar penuh hingga 2099, 12/24 hour, penggera, dual timestopwatch, dan countdown timer. Panduan lengkap mengenai item boleh dirujuk pada buku modul 5535.



Terdapat logo G-Shock dan maklumat tentang jam pada caseback. Movement daripada Casio Jepun dan case disiapkan di Thailand.


G-Shock GA-800-1ADR dipacu oleh tenaga bateri CR2016. Bateri ini dijangka bertahan sekitar 3 tahun.


Water resistance model pula sama dengan G-Shock lain iaitu 200 meter. Tahap akurasi jam kira-kira 15 saat per bulan. Berat total produk 63 gram.


Pengikat tali diperbuat daripada stainless steel. Pada sisi atasnya polos manakala bahagian bawah tertulis CASIO THAILAND.


Produk di atas diperoleh daripada penjual dari Puchong, Selangor. Saya sudah beberapa kali berurusan dengan seller ini. Harga yang ditawarkan berpatutan serta dijamin selama setahun.

*Akan datang

No comments:

Post a Comment