01 June, 2020

ARLOJI (Siri 107)

Watch tools

Peralatan yang ingin saya perkatakan di bawah hanyalah untuk menukar dan memotong tali jam. Kelengkapan ini dibeli secara berasingan. Saya berbuat demikian kerana mahukan tools yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan sendiri.

Spring bar remover


Alat yang digunakan bagi menanggalkan spring bar dari lugs. Selain itu, tool ini diperlukan apabila membuat pelarasan atau membuka spring bar di clasp. Hujung alat mempunyai mata berbeza iaitu  bulat dan bercabang. Manakala di tengahnya ada pengukur dalam milimeter serta inci.

Bracelet holding block


Blok yang diperbuat daripada plastik berfungsi memegang rantai besi jam yang mahu dipotong. Tugasnya seperti stand untuk memastikan bracelet sentiasa berkeadaan menegak semasa proses tersebut.

Hammer


Tukul dua kepala, bersaiz kecil pula bertujuan mengetuk pin atau selak pengunci rantai jam keluar dan masuk. Kepala  pertama daripada steel manakala yang kedua berbahan plastik.

Chain link remover


Alat yang paling penting dalam proses mengerat bracelet. Peralatan ini mestilah diletakkan betul-betul pada lubang pin sebelum diketuk untuk mengeluarkan pin itu dari tali jam. Ketiga-tiganya bermata bulat tetapi dalam saiz berbeza.

Plier flat nose


Plier perlu dalam keadaan tertentu sahaja. Antaranya ialah sewaktu menarik pin atau selak yang telah terjojol dari bracelet tetapi masih ketat dan sukar dikeluarkan.

Precision screwdriver set


Screwdriver kecil penting untuk menanggal dan memasang tali jam tangan yang diikat menggunakan skru. Pemutar skru juga bersifat pelbagai fungsi yang mungkin diperlukan dalam situasi lain.

No comments:

Post a Comment