Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Bermula 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP di seluruh negara. 'Lockdown' versi Malaysia ini diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan memutuskan rantaian pandemik (ڤندميک) COVID-19.
Malaysia Movement Control Order (MCO) diumumkan untuk tempoh dua minggu dan bakal disambung mengikut keperluan yang difikirkan wajar oleh pihak goverment. Setakat 15 April 2020, Perintah Kawalan Pergerakan ini sudah berada pada fasa ketiga hingga 28 April 2020 nanti.
Sepanjang tempoh MCO, rakyat diminta bersabar dan berada di rumah. Semua kegiatan harian terbatas. Hanya sektor perniagaan dan perkhidmatan penting sahaja layak beroperasi. Pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan disediakan kerajaan kepada warganegara supaya keperluan asas mereka mencukupi.
Semasa PKP membanteras wabak COVID-19 berkuatkuasa, semua penduduk tempatan dan warga asing dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan pada tahap tertinggi. Kita mestilah kekal di rumah, kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung apabila di tempat tumpuan ramai dan menjaga jarak sosial.
Saya dan keluarga turut mengalami situasi ini. Sebagai ketua keluarga, saya akan keluar membeli bahan makanan tiga hari sekali di kedai berdekatan.
Aktiviti ARLOJI saya pula sedikit terkesan berikutan kedai jam yang ditutup. Namun begitu, syukur kepada Allah kerana perniagaan online masih dibuka. Saya perlu rajin belajar cara-cara menyelenggarakan jam-jam sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah melakukan DIY untuk memotong tali jam. InsyaAllah, saya akan cuba lakukannya nanti.
#STAYATHOME
#DUDUKDIRUMAH
#KITAJAGAKITA