01 April, 2018

ARLOJI (Siri 73)

Orient OW3802



Jam dinding yang diperkatakan pada minggu ini berjenama Orient. Rupa bentuknya bulat (round) dengan gabungan warna hitam dan putih.



Cermin hadapan berjenis kaca serta rata. Marker pula bernombor besar dicetak penuh seni.




Case dan bahagian belakang berbahan plastik. Struktur jam disambungkan secara "klip" tanpa skru.


Model ini menggunapakai enjin SKP daripada Seiko. Movement yang diguna tidak dinyatakan berasal dari negara mana. Ia berteknologi quartz dihidupkan dengan sebiji battery saiz AA. Jangka hayat bateri ialah setahun.


Sehelai kertas instruction disertakan bersama di dalam kotak sebagai rujukan kepada pengguna.


OW3802 dijamin selama setahun. Harga jam adalah berpatutan. Saya berpendapat item ini perlu digantung pada dinding berwarna putih atau cerah sahaja. Lokasi yang sesuai untuknya ialah di bahagian tempat makan keluarga dan ruang tamu kedua di rumah. 

No comments:

Post a Comment