Aku dan Jam (Bahagian 3)
Seiko
Untuk entri pada kali ini saya akan membuat ulasan tentang salah satu jenama jam iaitu Seiko. Diharapkan pandangan saya akan dapat memberikan gambaran asas kepada semua pembaca berkaitan jenama unggul ini. Komen yang dibuat oleh saya hanyalah berlandaskan sedikit pengalaman, pembacaan, dan pemerhatian. Jam-jam terlibat pula hanyalah untuk golongan middle class ke bawah sahaja. Bukannya bagi jam bertaraf high end Seiko.
Seperti kita sedia maklum, Seiko merupakan satu nama besar yang berasal dari Jepun. Jenama ini mempunyai sejarah yang panjang bermula tahun 1881 dan masih kekal hingga sekarang.
Maksud sebenar nama Seiko tidaklah dapat saya pastikan. Namun ada yang menyatakan bahawa Seiko dalam bahasa Jepun ialah success atau exquisite.
Seiko Holdings Corporation beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Slogan yang dibawa oleh mereka ialah "Moving ahead. Touching hearts". Syarikat ini mengeluarkan pelbagai produk antaranya electronic devices, systems solutions dan sebagainya. Namun begitu, core business mereka ialah jam.
Jam buatan Seiko amat terkenal di seluruh dunia. Walaupun berasal dari Timur namun ia tetap disegani oleh watchmaker lain termasuklah dari Swiss. Jam-jam keluaran Seiko adalah setanding atau melebihi daripada jam yang bertaraf "Swiss made". Mutu serta kualiti jam Seiko adalah baik dan tidak perlu dipertikaikan. Jadi, kita tidak patut malu untuk memakai jam berjenama ini.
Saya berpendapat, kelebihan utama Seiko terletak pada jenamanya. Jenama ini sudah lama bertapak di pasaran kita ketika zaman nenek moyang lagi. Perusahaan ini telah mampu bertahan lebih daripada 100 tahun iaitu sejak 1924. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Seikosha dan Laurel. Antara brand lain yang bernaung di bawah jenama ini ialah Alba, Lorus, Pulsar dan Orient.
Selain itu, kelebihan kedua yang dimiliki oleh Seiko adalah enjinnya. Semua movement jam Seiko dibuat sendiri (in house) dan tidak bergantung kepada orang lain. Setahu saya, kebanyakan enjin jam mereka dikeluarkan oleh Seiko Time Corporation. Manakala pemasangan jam pula disiapkan di Jepun atau di Malaysia/Singapura.
Kepelbagaian produk jam turut menyumbang untuk menaikkan jenama Seiko. Jam Seiko terdiri daripada berbagai-bagai kategori misalnya Grand Seiko (GS), Astron, Prospex, Premier dan lain-lain. Antara model popular keluaran mereka ialah Seiko diver (keluarga Prospex). Ia mempunyai peminat tegar malah jam diver second hand pun tetap bernilai dan diburu oleh ramai collector. Kepelbagaian produk yang dihasilkan telah membolehkan semua golongan mampu memiliki jam berjenama ini tanpa mengira kaya atau orang kebanyakan. Jam Seiko boleh dibeli di mana-mana bermula harga ratusan hingga ribuan ringgit. Contoh jam berharga rendah buatan syarikat ini ialah siri Seiko 5 manakala yang mahal pula ialah Grand Seiko. Cuma, mungkin sesetengah orang masih berpersepsi Seiko adalah jenama murahan dan biasa-biasa sahaja. Bagi mereka, apa yang datang dari Barat (Swiss) adalah yang terbaik.
Seiko turut cemerlang dan tidak ketinggalan dalam aspek penggunaan teknologi. Pelbagai teknologi dipasangkan pada jam mereka seperti automatic, quartz, digital, kinetic, solar dan sebagainya. Setahu saya teknologi terkini yang dihasilkan mereka ialah Spring Drive. Apa yang saya perkatakan ini hanyalah melibatkan enjin sebagai contoh dan tidak termasuklah teknologi tambahan lain lagi.
Seterusnya ialah tentang ketahanan dan kelasakan produk. Jam-jam buatan syarikat ini terbukti tahan lama dan lasak. Bahan-bahan yang digunakan untuk pembuatan jam bermutu dan terpilih. Sebagai contoh, bagi jam berharga rendah mereka menggunakan stainless steel dan kaca hardlex crystal. Ini menjadikan jam mereka masih utuh walaupun terdapat kesan goresan atau calar- balar di sana sini.
Satu lagi kelebihan produk Seiko berbanding jenama lain ialah kecerahan luminous pada jarum dan marker jam. Luminous jam Seiko adalah lebih terang dan tahan lama.
Namun begitu, seperti kita sedia ketahui di sebalik kelebihan akan ada juga kekurangan pada jenama gah ini. Pertama, saya melihat dari faktor harga. Jika diamati, jam-jam Seiko berharga lebih tinggi berbanding jenama lain yang sama tarafnya. Kadang-kadang kita boleh membeli jam yang mempunyai specs sama atau hampir sama dengan lebih murah jika ia berjenama lain.
Selain itu, design jam Seiko agak old fashion berbeza dengan kehendak dan keperluan zaman sekarang. Saya menyatakan sedemikian kerana pada zaman moden ini kebanyakan orang terutamanya anak muda lebih pentingkan gaya berbanding perkara lain. Maka, jadilah apa yang dikatakan bahawa Seiko hanya sesuai untuk golongan pertengahan umur dan orang tua sahaja.
Dari sudut waranti jam pula, Seiko biasanya memberikan jaminan selama setahun sahaja. Keadaan ini berbeza dengan jenama pesaing yang kadangkala memberikan tempoh tersebut lebih lama. Jam dari Swiss selalunya mempunyai warranty selama 2 tahun.
Kesimpulannya, semua yang ditulis di atas merupakan pendapat peribadi saya tentang Seiko. Selebihnya terpulanglah kepada sidang pembaca kerana setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Bak kata pepatah Melayu "Tepuk dada tanya selera".

Seiko solar |
Seiko quartz (battery) |

Seiko chronograph (battery) |

No comments:
Post a Comment