24 February, 2016

ARLOJI (Siri 22)

Casio HDA-600B

Casio HDA-600B ini berada dalam kategori standard/classic. Saya sendiri sebenarnya tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan sebagai HD itu. Namun begitu, ciri-ciri yang ditawarkan pada jam ini mencuri perhatian saya.


Jika dipandang sekali imbas model paparan pada kali ini mempunyai sedikit gaya military iaitu marker 24 jam. Hal ini penting bagi mereka melaraskan waktu siang atau malam untuk mengadakan operasi dan sebagainya.


Dail jam ini berwarna cerah dan senang untuk melihat waktu. Jarum jam, minit dan saatnya agak berlainan dengan jam-jam biasa. Cermin jam diperbuat daripada plastik dengan kedudukan lebih tinggi daripada case. Untuk itu, wayar hitam digunakan melindungi permukaan cermin supaya tidak mudah tercalar apabila tergesel dengan sesuatu. Wayar ini juga dijadikan pelindung keselamatan untuk bahagian tepi caseback (upper and lower wire protectors)



Selain itu, crown guard turut  memastikan keselamatan "mahkota" jam.



Model analog 3 hands ini menggunakan movement dari Jepun tetapi case dan talinya dibuat di negeri China. Bateri yang dipasangkan pada jam pula ialah CR2012 mampu bertahan selama 10 tahun. Tahap kalis air jam ialah 100 meter.




Produk ini dijamin selama setahun. Saya amat berpuas hati dengan jam-jam keluaran Casio. Harganya adalah berpatutan dan mampu milik.

No comments:

Post a Comment