27 May, 2023

ARLOJI (Siri 148)

Menara Jam (Edisi 14)

Ini ialah menara jam Dataran Nilai. Struktur bumbung bangunannya bercirikan tradisi Minangkabau.



Terdapat logo Majlis Bandaraya Seremban dan jam di bahagian puncak menara. Ada empat buah jam berbentuk bulat pada mercu tanda Nilai ini.





Gambar diambil pada bulan November 2022. Pada waktu itu saya bersama keluarga ke Nilai 3 untuk membeli langsir.







Cuaca pada petang itu agak mendung dan berawan. Persekitaran dataran pula masih basah dengan air bertakung di beberapa tempat akibat hujan.

25 February, 2023

ARLOJI (Siri 147)

Casio LRW-200H-4EVDR

Assalamualaikum. Posting ini menampilkan seutas lagi jam tangan Casio analog yang bercirikan diver look.



Saiz dan ukuran diameter case kecil sesuai untuk wanita dan kanak-kanak. Pada bezel dan dail terdapat rona merah jambu.





Saya memilih tali jam berwarna hitam agar tidak cepat nampak kotor.



Harga model yang dipaparkan adalah 'bersahabat' iaitu bawah RM100. Item dibeli melalui laman sesawang Lazada. Proses penghantarannya hanya mengambil masa sekitar dua hari sahaja. Jam ini mendapat jaminan seller selama setahun.

Saya pernah menulis ulasan tentang siri Casio LRW-200H beberapa tahun lepas. Sila tekan pautan di bawah untuk maklumat seterusnya.

ARLOJI (Siri 7)

07 January, 2023

ARLOJI (Siri 146)

Aku dan Jam (Bahagian 20)

Pesanan Buat Semua Pencinta Jam
Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2023. Semoga para "muslim watch lover" berada dalam keadaan sihat. 

Pesanan ini khas untuk diri sendiri dan penghobi jam Islam keseluruhannya. 

Kita obsesi terhadap jam. Kita mungkin terlalu memilih jam yang yang "sempurna" pada kaca mata sendiri hingga leka dan lalai. Dalam pencarian itu, kita juga mungkin terjebak dalam beberapa perkara yang ditegah oleh ajaran agama.
  • Rasa riak dan takbur dengan koleksi jam yang ada.
  • Pembaziran.
  • Memakai jam berunsur emas bagi lelaki (sila rujuk pakar agama).
Maka, berhati-hatilah. Utamakan perkara yang penting dalam kehidupan. Carilah reda Allah. Hobi cuma suatu kesenangan bukanlah keperluan. Diharap artikel ini bermanfaat untuk semua.

11 December, 2022

ARLOJI (Siri 145)

Menara Jam (Edisi 13)

Menara Jam Melaka
Menara Jam Melaka turut dikenali sebagai Menara Jam Tan Beng Swee. Mercu tanda ini terletak di dalam kawasan Bangunan Merah tinggalan Belanda.









Gambar-gambar diambil menggunakan telefon bimbit pada waktu pagi 24 Oktober 2022. Keadaan cuaca ketika itu cerah.

25 October, 2022

ARLOJI (Siri 144)

Menara Jam (Edisi 12)

Menara Jam Dataran Tanjung Emas
Menara jam ini terletak di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor. Di situ ada sebuah taman rekreasi tepi sungai yang berhampiran muara.  


Terdapat sebuah jam yang menghadap Sungai Muar pada puncak bangunan.



Gambar diambil pada 23 Oktober 2022 sekitar jam 6.00 petang. Keadaan cuaca mendung.

16 October, 2022

ARLOJI (Siri 143)

Ice-Watch Wall Clock

Jam dinding yang cantik. Rupa bentuknya bulat, kemas serta menyerupai case jam tangan keluaran mereka.

Sudut pandangan hadapan

Sudut pandangan belakang

Item dibungkus menggunakan sebuah kotak hitam berlogo Ice-Watch yang sangat menarik. Kotak hitam ini mempunyai sarung kotak putih polos (tiada di dalam gambar). Di dalamnya terdapat jam, bateri, buku manual serta kad jaminan.


Jam ini berwarna neon pink berukuran 28 sentimeter. Keseluruhan item bermaterial daripada plastik (polypropylene)



Bahagian belakang bertutup penuh. Tombol pelarasan masa berwarna hitam berada pada kedudukan atas tempat bateri. Produk yang dipaparkan made in China.


Model 015206 ini menggunapakai injin moden yang senyap. Sebiji bateri bersaiz AA (included) diperlukan untuk jam beroperasi.

Jarum penunjuk jam berlogo "Mercedes". Pergerakan jarum saatnya pula smooth. Marker dan jarum jam bersalut lume terang ketika gelap.

Crown sekadar hiasan

Ice-Watch ini dibeli dari sebuah kedai jam fizikal pada harga yang berpatutan. Tarikh pembelian 15 Oktober 2022. Produk dijamin selama 2 tahun (local warranty).

Saya pernah menyiarkan artikel lain mengenai jam tangan Ice-Watch. Sila tekan link di bawah.

Ice-Watch ICE Sixty Nine Twilight Blue

22 September, 2022

ARLOJI (Siri 142)

Rado DiaStar R12306303

Alhamdulillah. Rado yang saya tampilkan turut dikenali sebagai The Original.



Case berbentuk oval dengan ukuran diameter 27.3 milimeter. Ketebalan case 9.5 milimeter. Kerangka Rado DiaStar model R12306303 berbahan hardmetal

 
Dail jam analog 3 jarum ini ringkas tanpa lambang sauh. Hanya ada tulisan RADO DIASTAR. Marker pula ditatah batu permata sebanyak 11 ketul.




Jam tangan untuk perempuan ini berwarna emas. Berat keseluruhan jam ialah 65 gram.


Cermin jam bersegi diperbuat daripada kaca kalis calar. Crown berlogo sauh berada di posisi kanan manakala tanggal pada pukul 6.


Injinnya berjenis quartz menggunakan sebiji bateri. Menurut staff yang bertugas di outlets KLCC, bateri yang terpasang pada jam mampu bertahan selama dua hingga dua setengah tahun. Beliau mencadangkan saya untuk terus ke pusat servis sekiranya ingin menukar bateri.


Tahap kalis airnya 30 meter. Perkataan SWISS MADE ada di bahagian bawah dail dan caseback.


'Rantai' jam daripada stainless steel. Sisi clasp ada perkataan THE ORIGINAL.


Jam dijamin selama dua tahun. Saya membeli produk ini pada harga yang berpatutan. Pada pemerhatian saya, harga jam tangan keluaran Rado semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kadar diskaunnya pula semakin sedikit.

Sila tekan pautan di bawah untuk membaca artikel lain tentang Rado.