Aku dan Jam (Bahagian 5)
Rado
Saya adalah peminat setia Rado. Sebutlah apa pun saya tetap menyukai jam berjenama ini terutamanya koleksi Rado Diastar. Minat saya terhadap Rado telah dipupuk sekian lama iaitu ketika dibangku sekolah lagi.
Pada waktu itu, sekitar 1990an (jika tidak silap saya) jam berjenama Rado dipakai oleh orang-orang berada (tauke) di kampung. Arwah bapa saya sendiri juga mengenali dan tahu kewujudan jenama ini walaupun tidak pernah memakainya. Bermula detik itulah saya mula memasang angan-angan untuk memilikinya suatu masa nanti.
Ketika menuntut di universiti arwah bapa dan ibu menghadiahkan seutas jam Rado siri Original berwarna emas kepada saya. Ia merupakan jam tiruan dan warnanya luntur hanya beberapa bulan kemudian. Seingat saya jam tersebut rosak dalam masa setahun. Itulah pengalaman pertama saya 'merasa' Rado. Hadiah itu amat bermakna dan menguatkan azam saya yang sememangnya sukakan jam dari jenama Swiss ini.
Saya meminati Rado Original atas beberapa sebab antaranya ialah:
Sekarang, apabila pulang ke kampung saya melihat sudah ramai orang memakai Rado. Boleh dikatakan semua golongan tanpa mengira lelaki atau perempuan pelbagai peringkat umur sudah mampu mendapatkannya. Mereka ini terdiri daripada tauke, peniaga, penjual, pemandu teksi, pekerja biasa dan orang perseorangan. Apabila ke pekan, pasar minggu, pasar Ramadan hatta pergi membeli ikan pun saya selalu melihat orang memakai jam berjenama ini. Rado Diastar berwarna emas amat popular di tempat kami. Oleh itu, apabila melihat orang yang memakai Rado (Diastar aka Original) di Kuala Lumpur saya dapat mengagak bahawa mereka mungkin orang dari Pantai Timur.
Pada saya Rado adalah 'jam' dan perhiasan pelengkap bagi seseorang. Jika seseorang lelaki itu mengenakan 'seketul' Rado pada pergelangan tangannya bersama sebentuk cincin di jari manis sudah cukup untuk kelihatan bergaya walaupun berpakaian biasa-biasa sahaja. Cuma, janganlah ada perasaan riak atau merasa megah kerana perbuatan itu amat dilarang oleh Allah. Saya juga kurang bersetuju dengan pemakaian Rado berwarna emas oleh kaum lelaki walaupun sememangnya cantik. Saya bukanlah pandai soal hukum namun adalah lebih baik kita elakkannya.
Semasa berkunjung ke salah sebuah butiknya di Kuala Lumpur pada 2013, salesman yang bekerja di situ mengesahkan bahawa Rado mempunyai peminat tersendiri. Antara penggemar jam berjenama Rado ialah penduduk sekitar Pantai Timur (terutama Kelantan dan Terengganu), Sabah dan sebuah negeri yang saya telah lupa namanya. Katanya lagi, di negeri Kelantan terdapat otai-otai Rado yang hebat dalam urusan jual beli jam jenama ini. Semasa kunjungan itu, saya dihadiahkan sebuah buku koleksi jam-jam keluaran Rado berserta sehelai kertas harganya (retail price sheet) sekali. Daripada perbualan singkat bersamanya saya mengakui bahawa beliau seorang yang berpengalaman dan 'tahu' produk yang dijual.

- Rupa bentuk jam dan talinya agak unik dan berbeza daripada yang lain.
- Warnanya bersilau, tahan luntur serta goresan dapat dikenali dari jauh lagi.
- Cerminnya cembung, bersegi dan tebal tidak seperti kebanyakan jam.
- Logo pada dail boleh berputar seperti rotor.
- Kedudukan day dan date pada pukul 6.
- Dekorasi dail menggunakan batu permata asli.
- Clasp boleh diregangkan mengikut pergerakan tangan.
- Beratnya sederhana serta selesa dipakai.
Clasp boleh diregangkan |
Sekarang, apabila pulang ke kampung saya melihat sudah ramai orang memakai Rado. Boleh dikatakan semua golongan tanpa mengira lelaki atau perempuan pelbagai peringkat umur sudah mampu mendapatkannya. Mereka ini terdiri daripada tauke, peniaga, penjual, pemandu teksi, pekerja biasa dan orang perseorangan. Apabila ke pekan, pasar minggu, pasar Ramadan hatta pergi membeli ikan pun saya selalu melihat orang memakai jam berjenama ini. Rado Diastar berwarna emas amat popular di tempat kami. Oleh itu, apabila melihat orang yang memakai Rado (Diastar aka Original) di Kuala Lumpur saya dapat mengagak bahawa mereka mungkin orang dari Pantai Timur.
Poskad Rado |
Pada saya Rado adalah 'jam' dan perhiasan pelengkap bagi seseorang. Jika seseorang lelaki itu mengenakan 'seketul' Rado pada pergelangan tangannya bersama sebentuk cincin di jari manis sudah cukup untuk kelihatan bergaya walaupun berpakaian biasa-biasa sahaja. Cuma, janganlah ada perasaan riak atau merasa megah kerana perbuatan itu amat dilarang oleh Allah. Saya juga kurang bersetuju dengan pemakaian Rado berwarna emas oleh kaum lelaki walaupun sememangnya cantik. Saya bukanlah pandai soal hukum namun adalah lebih baik kita elakkannya.
Semasa berkunjung ke salah sebuah butiknya di Kuala Lumpur pada 2013, salesman yang bekerja di situ mengesahkan bahawa Rado mempunyai peminat tersendiri. Antara penggemar jam berjenama Rado ialah penduduk sekitar Pantai Timur (terutama Kelantan dan Terengganu), Sabah dan sebuah negeri yang saya telah lupa namanya. Katanya lagi, di negeri Kelantan terdapat otai-otai Rado yang hebat dalam urusan jual beli jam jenama ini. Semasa kunjungan itu, saya dihadiahkan sebuah buku koleksi jam-jam keluaran Rado berserta sehelai kertas harganya (retail price sheet) sekali. Daripada perbualan singkat bersamanya saya mengakui bahawa beliau seorang yang berpengalaman dan 'tahu' produk yang dijual.
Selain itu, saya sendiri pernah ke service center Rado (Swatch Group Malaysia) di tingkat 22, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
Untuk pengetahuan semua, jika kita membawa jam untuk dibaiki atau diselenggara secara walk-in ke sana adalah lebih cepat berbanding meminta butik/kedai authorised dealer yang melakukannya. Tempoh masa yang diambil ialah kira-kira sebulan dan kita akan diberitahu melalui telefon sekiranya jam tersebut telah disiapkan.
*Tips
Berdasarkan pengalaman saya, kita sebenarnya boleh mendapatkan khidmat percuma untuk pemotongan, penambahan atau menebuk lubang tali jam dari butik/authorised dealer (bukan kedai jam) jenama jam yang dipakai. Tiada tempoh masa atau caj dikenakan terhadap pelanggan.
Kad jaminan |

No comments:
Post a Comment