01 June, 2021

ARLOJI (Siri 128)

Seiko Wall Clock QXA723S

Sudah lama saya tidak membuat review mengenai jam dinding. Kali terakhir saya bercerita tentang wall clock pada 1 September 2019. 



Hari ini saya perkenalkan clock daripada Seiko iaitu QXA723S. Reka bentuk jam bulat dan bercirikan diver look.




Saiz produk 35 x 5.4 cm. Case pula berbahan plastik. Injinnya berjenis quiet sweep second hand. Marker, jarum jam dan jarum minit bersalut Lumibrite.


Sumber daripada thongsia

Dail berwarna putih manakala bezel hitam seperti diver SKXOO7 🤩. Jam analog tiga jarum dihidupkan dengan tenaga sebiji bateri AA.



Sebetulnya saya telah lama berminat untuk mendapatkan model yang dipaparkan. Kali pertama saya melihatnya ketika berkunjung ke salah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di kawasan Masjid India beberapa tahun lepas. Saya pernah ke supermarket tersebut semula tetapi kehabisan stok.



Jam dipesan secara online pada 16 Mei 2021 melalui laman Shopee. Ini merupakan kali pertama saya membeli jam dinding dengan kaedah atas talian. Alhamdulillah. Barang diterima dalam keadaan baik. Item dibeli daripada penjual dari Selangor dan dipos menggunakan DHL Ecommerce. Harganya berpatutan dan dijamin selama setahun.

*Akan datang

01 May, 2021

ARLOJI (Siri 127)

Aku dan Jam (Bahagian 16)

The Great Wave off Kanagawa
Cerita yang cuba saya sampaikan untuk artikel kali ini mungkin boleh dianggap sebagai mitos sahaja. Namun, sebagai penghobi jam tangan perkara kecil pun tetap penting jika ada kaitannya dengan dunia horology.

Sumber daripada  wikipedia

Ombak Besar di Kanagawa oleh Hokusai merupakan sebuah karya agung dari Jepun yang masyhur di seluruh dunia. Hasil cetakan ukiran kayu di atas diterbitkan antara tahun 1829 dan 1833. Karya ini adalah sebahagian daripada siri Thirty-six Views of Mount Fuji.

Pada mulanya saya berfikiran bahawa hasil seni seniman Hokusai pada zaman Edo (Tokyo) ada persamaan dengan logo ombak Seiko. Akan tetapi, setelah melakukan pencarian menerusi Internet ada yang berpendapat bahawa perkara ini kebetulan sahaja.  Logo ombak Tsunami Seiko tidak sama dengan seni buatan Hokusai. Selain itu, Alba turut menggunakan lambang ombak pada jam tangan keluaran mereka. Oleh itu, saya menganggap perkara ini adalah misteri!

15 April, 2021

ARLOJI (Siri 126)

Casio W-218H-1AVDF

Jam tangan Casio Youth ini untuk lelaki. Model yang ditampilkan mempunyai lima pilihan warna. Item dibeli menerusi laman Lazada daripada seller dari Puchong, Selangor. Jam diterima pada hari Selasa, 8 Disember 2020.


Case jam berbentuk empat segi dengan ukuran 44.4x43.2x10.8 milimeter. Keseluruhan produk hitam dibuat menggunakan bahan resin termasuk cermin penutup dail. Hanya caseback dan push buttons daripada stainless steel.


Pengguna boleh melaraskan tetapan jam dengan merujuk buku modul nombor 3224.


Sumber daripada laman Casio International

Selain penunjuk waktu, Casio W-218H turut dilengkapi penggera, stopwatch, calendar dan berformat 12/24 hour.


Ketepatan masa ±30 saat per bulan. Lampu jam berjenis LED backlight bercahaya amber.


Model digital made in China ini beroperasi menggunakan sebiji bateri bersaiz CR2016. Jangka hayat battery 7 tahun.


Bahagian bawah buckle tertulis perkataan CHINA. Tahap ketahanan air jam ialah 50 meter. Berat total pula cuma 37 gram.   


Model yang saya perkenalkan ini mendapat jaminan penjual selama setahun.  Harga jam murah iaitu bawah RM100.

01 April, 2021

ARLOJI (Siri 125)

G-Shock GA-140-1A4DR


Posting seterusnya ialah seutas jam tangan G-Shock GA-140-1A4DR. Siri standard analog-digital ini mempunyai lima pilihan warna.



Case/bezel bulat daripada resin. Ukurannya 55x51.2x16.9 milimeter. Rekaan moden bersaiz besar sesuai untuk remaja lelaki. Cermin jam berkaca mineral.


Saya berpendapat permukaan dail agak 'sibuk'  kerana banyak meter dan berwarna-warni. Namun, susunan tetap kemas dan menawan.


Selain penunjuk waktu, model ini dilengkapi fungsi full auto-calendar (hingga 2099), stopwatch, countdown timer, alarm, world time dan berformat 12/24 H.


Operasi jam dapat dilaraskan dengan merujuk manual bernombor 5612. Terdapat 4 butang setting untuk ditekan iaitu adjust, reverse, foward dan mode. 


Lampu jam pula terang berjenis LED.  Tempoh sekali nyalaan lampu boleh ditukar sama ada inginkan 1.5 saat atau 3 saat. Selain itu, lampu ini boleh dijadikan auto light.


Case dipasang di Thailand dan movement jam pula dari Casio Jepun. Bateri yang dipakai ialah CR1220 tahan sekitar 2 tahun.


Tahap ketahanan air 200 meter. Item ini istimewa kerana telah mencapai piawaian ISO 764 antimagnetic. 


Tali GA-140 yang dipaparkan hitam berbahan resin. Buckle yang digunakan stainless steel berjenis 2 pin. Pada bahagian atas tertulis perkataan G-SHOCK dan di bawahnya CASIO CHINA. Berat penuh jam 72 gram.



Jam dipesan melalui laman Shopee pada 3 Mac 2021.  Bungkusan diposkan kepada saya menggunakan DHL eCommerce.

Produk didatangkan dengan set lengkap. Jaminan jam adalah bersifat terhad selama setahun.

15 March, 2021

ARLOJI (Siri 124)

Seiko QHL062Y


The Seiko Sports Timer Clock ini terinspirasi daripada marathon timer. 




Case jam kuning berbentuk empat segi sama dibuat menggunakan bahan plastik. Ukuran kerangka 4.5x10.4x2.9 cm. Jika dipasangkan stand, saiz item bertambah menjadi 9.3x10.4x4.5 cm.



Selain penunjuk masa, miniature yang dipaparkan ada mempunyai fungsi lain iaitu alarm, calendar, stopwatch dan countdown timer. Produk digital ini juga disediakan lampu bagi menyuluh angka pada skrin ketika dalam keadaan gelap.




Dua biji bateri AA (alkaline) diperlukan untuk menghidupkan jam. 




Saya berpendapat model ini unik. Jam dibeli secara online. Parcel tiba pada Sabtu, 13 Januari 2021. Harganya kurang daripada RM100. Pengguna boleh melakukan settings dengan merujuk kertas manual berbagai-bagai bahasa yang disertakan bersama QHL062Y.


01 March, 2021

ARLOJI (Siri 123)

Keeper

Keeper atau loop merupakan aksesori penting untuk jam tangan. 'Pengikat' ini amat perlu bagi memastikan tali jam yang dipakai kelihatan kemas dan tidak terjuntai. Sebagai pengguna jam tegar, kita mungkin pernah mengalami masalah keeper koyak atau putus. Hal sedemikian sering berlaku akibat cara penggunaan yang lasak dan faktor usianya.
 
 
Hari ini saya kongsikan seutas jam tangan Baby-G yang telah terkoyak keeper. Jam kepunyaan anak kedua saya dipakai secara berterusan. Umur jam sekitar 3 tahun.
 

Langkah awal untuk mengatasi perkara di atas adalah menggantikan loop rosak dengan gelang getah. Namun penyelesaian tersebut cuma bersifat sementara kerana tidak cantik dan renyah.
 
 
Jika berduit, kita boleh terus menukar keseluruhan tali jam. Tetapi kita terpaksa mengeluarkan belanja ekstra bergantung kepada jenis tali jam. Saya berpendapat resin band itu masih elok walaupun sudah kusam. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli sahaja 'pengikat' baru aftermarket.  
 

Keeper silikon berwarna merah jambu dipesan dari seller yang berpengkalan di Perak pada 10 Januari 2021. Harganya cukup terjangkau. Saya sepatutnya memilih loop lut sinar namun tiada stok pada waktu itu.