15 February, 2020

ARLOJI (Siri 101)

Kotak Jam



Saya sudah lama teringin membeli kotak simpanan jam. Namun, hajat ini sering tertangguh bila memikirkan kos dan keperluan.


Watch box yang ditampilkan berbentuk empat segi sama. Buatannya kemas dan cantik.

Engsel

'Penyelak' besi


Kerangka daripada kayu manakala permukaan atas case bercermin kaca. Bahagian dalam kotak pula menggunakan kain baldu berwarna coklat krim.



Watch case ini boleh memuatkan 12 utas jam tangan dan sesuai diletakkan di atas meja solek.



Antara kelebihan menyimpan jam di dalam kotak khas ialah mengelakkan habuk atau debu. Selain itu, kita lebih senang memilih jam mana yang ingin dipakai pada hari tersebut. Jam disimpan juga teratur serta tidak bercalar akibat bergesel sesama sendiri.


Item diperoleh dari sebuah kedai jam di Bandar Baru Ampang, Selangor. Harga yang ditawarkan adalah terjangkau. Kotak penyimpanan jam ini tiada jenama.

01 February, 2020

ARLOJI (Siri 100)

Menara Jam (Edisi 5)

Pintu Gerbang Kuala Lumpur
Setakat pengetahuan saya, pintu gerbang Kuala Lumpur ada di tiga tempat berbeza iaitu di Jalan Duta (arah Utara), Sungai Besi (arah Selatan) dan Selayang berdekatan pasar borong.

Struktur 'bangunan' ini berdiri megah merintangi jalan raya menjadi daya tarikan kepada sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut terutamanya waktu malam. Pada waktu malam Pintu Gerbang Kuala Lumpur akan disinari cahaya lampu yang berwarna-warni.




Gambar-gambar diambil ketika siang hari. Lokasinya di Sungai Besi berhampiran Dunia Perabot. Ia terletak di laluan utama arah Selatan selepas Tol PLUS Sungai Besi jika kita dari Seremban menuju ke pusat bandar raya.




Selain binaannya yang penuh seni, apa yang mencuri perhatian saya ialah jam yang berada di puncaknya.


Rupa bentuk jam bulat, berhuruf Roman dengan marker berwarna hitam.




Ini pula sudut pandangan sisi pintu gerbang.




Pintu gerbang dan jam yang terdapat di sini mengingatkan saya kepada Bangunan Sultan Abdul Samad serta jamnya di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. 😎

**Selamat Hari Wilayah**

15 January, 2020

ARLOJI (Siri 99)

Casio Baby-G BA-255WLP-7ADR Wildlife Promising



Baby-G yang ditampilkan ini adalah model kolaborasi. Kotak jamnya agak berlainan daripada kebiasaan dan terhad. Sarung kotak dipenuhi gambar pelbagai haiwan liar Afrika di samping logo bermotto LOVE THE SEA AND THE EARTH 2019.

Sumber daripada laman rasmi Casio



Item dibeli secara atas talian ketika promosi jualan Lazada 11.11. Seller berpengkalan di Puchong, Selangor. Cara pembungkusan barangan cukup cermat dan jam diterima dalam keadaan baik. Proses penghantaran cepat hanya mengambil masa dua hari dengan perkhidmatan kurier GDex.

'Wajah' jam berbentuk bulat dan cantik sesuai untuk kaum Hawa. Kemasan permukaan dail menarik walaupun ringkas. Produk bermotifkan burung  lilac-breasted roller (14 colour) tetapi didominasi oleh putih.

Lilac-breasted roller
(Sumber daripada laman rasmi Casio)



Jam quartz analog-digital ini tidak mempunyai jarum saat. Terdapat empat butang pelarasan fungsi di bahagian tepi case iaitu adjust, light, mode dan search. Sebuah 'kitab' tebal Casio modul 5593 dibekalkan sebagai rujukan.


Selain daripada menyukat waktu (world time), product ini turut dilengkapi tarikh, penggera dan stopwatch.


Movement jam buatan Jepun tetapi dipasangkan di China.


Cermin hadapan berkaca mineral dan rata. Lampu yang digunapakai bagi model ini berjenis neon illuminator (backlight LED).


Ada logo Wildlife Promosing pada caseback.

Ketepatan masa ±30 saat per bulan. Jam dihidupkan dengan kuasa bateri bersaiz CR1220 yang dijangka mampu bertahan selama 3 tahun.

Tahap kalis air BA-255WLP-7ADR ialah 100 meter. Berat penuh jam 33 gram.



Band dan buckle diperbuat menggunakan bahan resin. Pada tali tertulis perkataan WILDLIFE PROMISING.


Baby-G ini diperoleh dengan harga berpatutan serta dijamin oleh penjual selama setahun.

*Perkongsian
Keterangan lanjut berkaitan siri dan model kolaborasi ini boleh diikuti melalui pautan di bawah:

https://www.casio-intl.com/my/en/news/2019/0123_wat/

01 January, 2020

ARLOJI (Siri 98)

Aku dan Jam (Bahagian 9)

Kepentingan Masa


Syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan waktu dan dipanjangkan usia. Semoga umur yang dianugerahkan mendapat keberkatanNya.

Manfaatkan nikmat masa yang dikurniakan dengan sebaik mungkin.
  •  Masa muda sebelum tua.
  •  Masa sihat sebelum sakit.
  •  Masa kaya sebelum miskin.
  •  Masa senang sebelum sempit.
  •  Masa hidup sebelum mati.

01 December, 2019

ARLOJI (Siri 97)

Menara Jam (Edisi 4)

Menara Jam Masjid Jamek Kg. Baru
Kampung Baru merupakan sebuah petempatan orang Melayu yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Walaupun dilanda kemajuan namun kampung ini masih kekal dengan ciri dan sifat kemelayuannya.


Antara tempat yang menarik di Kampung Baru ialah sebuah masjid yang dibina di Jalan Raja Alang.


Masjid itu dikenali sebagai Masjid Jamek Kg. Baru. Rumah ibadat bagi orang Islam yang saya maksudkan sangat popular dengan bubur lambuk ketika bulan Ramadan.



Pada struktur menara masjid tersebut terdapat jam di bahagian atasnya. Case jam yang dipasangkan berbentuk bulat, berhuruf Roman dan berteknologi analog.




Potret seterusnya diperoleh selepas solat Maghrib. Masjid dan tower dihiasi lampu berwarna-warni.


Menara berlatar belakangkan Hotel Tamu



08 November, 2019

ARLOJI (Siri 96)

ARLOJI : Ulang Tahun Ke-5

Alhamdulillah. Sedar atau tidak, segmen ARLOJI sudah berusia lima tahun. Pada awalnya, target saya cuma untuk menulis sekitar 50 episod sahaja. Namun kini, ruangan ini terus bertambah dan telah melebihi apa yang saya jangkakan. Banyak idea, masa, tenaga dan wang dilaburkan untuk siri-siri yang diterbitkan.

Di bawah merupakan link karya ARLOJI pertama saya. Tarikh posting pada 5 November 2014. Ia menceritakan tentang pengenalan dan struktur asas seutas jam tangan termasuk tali.

http://wkp4617.blogspot.com/2014/11/arlogi-siri-1.html?m=1

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melayari blog BESTARIAN. Semoga bermanfaat kepada semua.