15 March, 2018

ARLOJI (Siri 72)

Luminous dan Lampu Jam

Luminous dan lampu merupakan sebahagian daripada teknologi asas seutas jam tangan. Technology ini sudah lama serta ringkas tetapi berguna kepada pemakai jam untuk melihat masa dengan lebih jelas terutama ketika malam atau pada cahaya suram. 

Luminous
Lume selalunya terdapat pada jam analog. Ia disalut  pada marker, jarum, dail atau bezel. 


Untuk mendapatkan kesan cahaya yang maksima, saya menggunakan lampu suluh. Lampu suluh tersebut telah dihalakan cahayanya ke dail  jam yang dikenalpasti selama beberapa minit sebelum gambar-gambar di bawah diambil. Kesannya cukup memuaskan.







Dalam hal ini, luminous jam selam (diver) adalah yang paling terang dan tahan lama.



Seiko sangat menitikberatkan perkara ini. Setakat pengalaman saya, kadar pencahayaan lume jam-jam keluaran Seiko antara yang paling baik.


Lampu
Lampu pula kebiasaannya terdapat pada jam digital. Pada pemerhatian saya cahaya lampu jam berbateri lebih terang berbanding jam solar. Perkara ini terjadi mungkin salah satu langkah untuk jam solar menjimatkan tenaga.

Lampu solar

Lampu jam terdiri daripada pelbagai warna misalnya amber, putih, hijau dan sebagainya. Ada yang menyuluh dail dan ada yang menerangi digit atau nombor sahaja. Lampu berstandard biasa yang selalu dijumpai ialah LED amber.

LED: amber

LED: green


Lampu INDIGLO®.

Teknologi lampu yang paling canggih ialah micro/tiny gas lights (borosilicate glass capsules). Lampu bergas ini terdapat pada jam Luminox (tiada di dalam gambar).

Akan tetapi, ada juga jam analog yang berlampu. Contohnya, jam berjenama Timex. Mereka menggunakan lampu INDIGLO®.


Selain itu, jam tangan bersifat analog-digital turut menggunakan lampu bagi menerangi seluruh dail atau sebahagian daripadanya.



Tulisan kali ini hanya untuk bacaan santai. Perkara yang saya cuba sampaikan mungkin telah diketahui umum. Namun begitu, ada juga jam yang tiada kedua-dua ciri di atas.

01 March, 2018

ARLOJI (Siri 71)

Jam Tangan Q&Q VR15J008Y

Model ini bernombor siri VR15J008Y. Rupa bentuk case bulat, kecil serta cantik.


Item dibeli tanpa kotak atau sebarang waranti. Keseluruhan jam menggunakan bahan plastik dan berwarna merah jambu kecuali parts tertentu yang diperbuat daripada besi. Dail putih dengan lambang "love" di tengahnya.




Marker pula menggunakan system nombor colour hitam.


Jam analog berteknologi quartz ini digerakkan oleh kuasa bateri. Ia adalah buatan China.





Bahagian caseback ada gambar kapal layar dan maklumat berkenaan jam. Tahap water resistant ialah 10 BAR bersamaan 100 meter.


Buckle juga daripada plastik. Padanya 'tertulis' Q&Q. Tali jam lembut dan selesa dipakai (PU band). Jika pergelangan tangan anak-anak masih kecil, kita boleh meminta salesman menebuk lubang tambahan di talinya.

Produk ini murah, tahan lama, lasak dan sangat elok untuk kanak-kanak perempuan berumur lingkungan 5 hingga 10 tahun.

15 February, 2018

ARLOJI (Siri 70)

Rhythm Wall Clock CMH726 NR18


Model ini berbentuk bulat berukuran 36x36x5.6 cm. Ia merupakan sebuah jam dinding yang cantik, ringkas dan jelas dipandang untuk menentukan masa. Mutu buatan jam pula baik dan kemas.


Case jam berbahan plastic berwarna gold.


Dail produk ini putih manakala marker bernombor serta jarumnya hitam.




Cermin jam rata daripada kaca.


Keistimewaan CMH726 N18 ialah dapat mengeluarkan bunyi (dentingan) pada setiap jam (Westminster chime and striking). Volume (tahap bunyi) boleh dilaraskan. Pada sebelah malam bermula pukul 10.00 hingga 5.00 pagi sound jam akan berhenti secara auto off (sila rujuk kertas panduan yang dibekalkan).




Volume control

Jam ditala menggunakan enjin Rhythm dengan tiga biji bateri bersaiz AA. Sebiji battery khas untuk pergerakan movement dan dua biji lagi bagi alarm. Berat keseluruhan ialah 0.955 kg.



Saya membeli Rhythm ini pada kadar harga berpatutan tanpa sebarang jaminan seller mahupun manufacturer.

01 February, 2018

ARLOJI (Siri 69)

Casio Data Bank DB-360G-9ADF


Sah. Jam untuk pasaran Singapore. Kotak biru pembungkusnya adalah berlainan. Saya membeli Casio siri Data Bank ini daripada seller yang berpangkalan di Johor Bharu.


Urusan penghantaran lancar menggunakan khidmat GDEX.


Case jam berbentuk empat segi berukuran 43.1x37.7x10.4 mm. Total weight produk ialah 58 gram.



Dail jam (LCD) besar memberi peluang untuk pengguna menengok paparan masa dan fungsi lain secara lebih jelas. Lampu penglihatan malam jam pula jenis LED bercahaya green.


Jam boleh ditetapkan dalam 13 bahasa. Contohnya, English, Spanish, Italian dan lain-lain. Memorinya (telememo) mampu menyimpan sehingga 30 nombor telefon.



DB-360G ini diperbuat daripada stainless steel bersadur "emas" pada atas case dan talinya. Manakala cermin menggunakan resin.


Tahap kalis air tidak dinyatakan. Bahagian caseback sarat dengan pelbagai maklumat. Jam bersifat pelbagai fungsi ini keluaran Thailand.


Setting jam dapat dilakukan dengan merujuk buku panduan nombor 2515. Terdapat enam buttons pelarasan jam iaitu adjust (set), mode (left), light (LED back light), 12/24H (right), forward dan reserve.


Bateri CR2025 yang dipasangkan pada item ini dijangka tahan hingga 10 tahun. Ketepatan masanya ±30 saat per bulan.



Bracelet produk boleh dilaraskan sendiri tanpa perlu pemotongan tali.



Casio Data Bank pernah popular suatu ketika dahulu. Ia dianggap canggih pada zamannya kerana dapat merekodkan nombor telefon. Pada waktu itu, kita masih bergantung kepada telefon rumah dan public phone. Sesiapa yang memiliki jam ini tidak perlu menghafal atau menulis nombor telefon rakan-rakan di dalam buku 555.


Akan tetapi, kehadiran  jam-jam moden seperti G-Shock dan teknologi yang semakin berkembang menyebabkan model ini kurang mendapat perhatian.


Saya berpendapat model "emas" molek dipakai oleh kaum Hawa (remaja) walaupun ia sebenarnya berperwatakan unisex. Jika anda seorang lelaki dan berminat dengan model seperti ini, lebih baik memilih yang berwarna silver. Jam dijamin selama setahun (seller warranty).

**Selamat Hari Wilayah**

15 January, 2018

ARLOJI (Siri 68)

Sticker Jam

Minat saya terhadap jam mungkin agak kronik. Selain daripada membeli dan menggunakannya, saya turut mengumpul serta menyimpan pelekat jam. Pelekat-pelekat ini diperoleh ketika membeli jam dinding dan alarm clock (terpampang di cermin dail).

Sticker jam berbahan plastic mempunyai saiz, reka bentuk dan warna yang menarik. Perkara wajib ada padanya ialah logo atau sekurang-kurangnya jenama jam itu. Jika ada maklumat lain sudah pastinya berkenaan enjin dan keupayaan jam tersebut.

Cara menyimpan pelekat jam pula mudah. Kita hanya perlu menampalkannya pada permukaan cermin almari rumah.

Di sini saya tampilkan beberapa sticker jam daripada pelbagai brand untuk tontonan semua.

Seiko




Orient


Rhythm


01 January, 2018

ARLOJI (Siri 67)

Iklan Jam

Iklan memainkan peranan penting dalam mempromosi jenama dan meningkatkan jualan jam. Pelbagai strategi dilaksanakan untuk memenangi hati pengguna antaranya melalui media massa, penajaan, duta produk dan lain-lain.

Pengaruh iklan memberikan impak besar kepada orang ramai. Mereka akan terdorong untuk memilih jam yang selalu dilihat atau ditonton berbanding produk jam berjenama lain.

Berikut adalah satu klip video iklan Seiko (dipetik daripada You Tube) yang memberikan "kesan" kepada saya.


**Selamat Tahun Baru 2018**