01 February, 2018

ARLOJI (Siri 69)

Casio Data Bank DB-360G-9ADF


Sah. Jam untuk pasaran Singapore. Kotak biru pembungkusnya adalah berlainan. Saya membeli Casio siri Data Bank ini daripada seller yang berpangkalan di Johor Bharu.


Urusan penghantaran lancar menggunakan khidmat GDEX.


Case jam berbentuk empat segi berukuran 43.1x37.7x10.4 mm. Total weight produk ialah 58 gram.



Dail jam (LCD) besar memberi peluang untuk pengguna menengok paparan masa dan fungsi lain secara lebih jelas. Lampu penglihatan malam jam pula jenis LED bercahaya green.


Jam boleh ditetapkan dalam 13 bahasa. Contohnya, English, Spanish, Italian dan lain-lain. Memorinya (telememo) mampu menyimpan sehingga 30 nombor telefon.



DB-360G ini diperbuat daripada stainless steel bersadur "emas" pada atas case dan talinya. Manakala cermin menggunakan resin.


Tahap kalis air tidak dinyatakan. Bahagian caseback sarat dengan pelbagai maklumat. Jam bersifat pelbagai fungsi ini keluaran Thailand.


Setting jam dapat dilakukan dengan merujuk buku panduan nombor 2515. Terdapat enam buttons pelarasan jam iaitu adjust (set), mode (left), light (LED back light), 12/24H (right), forward dan reserve.


Bateri CR2025 yang dipasangkan pada item ini dijangka tahan hingga 10 tahun. Ketepatan masanya ±30 saat per bulan.



Bracelet produk boleh dilaraskan sendiri tanpa perlu pemotongan tali.



Casio Data Bank pernah popular suatu ketika dahulu. Ia dianggap canggih pada zamannya kerana dapat merekodkan nombor telefon. Pada waktu itu, kita masih bergantung kepada telefon rumah dan public phone. Sesiapa yang memiliki jam ini tidak perlu menghafal atau menulis nombor telefon rakan-rakan di dalam buku 555.


Akan tetapi, kehadiran  jam-jam moden seperti G-Shock dan teknologi yang semakin berkembang menyebabkan model ini kurang mendapat perhatian.


Saya berpendapat model "emas" molek dipakai oleh kaum Hawa (remaja) walaupun ia sebenarnya berperwatakan unisex. Jika anda seorang lelaki dan berminat dengan model seperti ini, lebih baik memilih yang berwarna silver. Jam dijamin selama setahun (seller warranty).

**Selamat Hari Wilayah**

15 January, 2018

ARLOJI (Siri 68)

Sticker Jam

Minat saya terhadap jam mungkin agak kronik. Selain daripada membeli dan menggunakannya, saya turut mengumpul serta menyimpan pelekat jam. Pelekat-pelekat ini diperoleh ketika membeli jam dinding dan alarm clock (terpampang di cermin dail).

Sticker jam berbahan plastic mempunyai saiz, reka bentuk dan warna yang menarik. Perkara wajib ada padanya ialah logo atau sekurang-kurangnya jenama jam itu. Jika ada maklumat lain sudah pastinya berkenaan enjin dan keupayaan jam tersebut.

Cara menyimpan pelekat jam pula mudah. Kita hanya perlu menampalkannya pada permukaan cermin almari rumah.

Di sini saya tampilkan beberapa sticker jam daripada pelbagai brand untuk tontonan semua.

Seiko




Orient


Rhythm


01 January, 2018

ARLOJI (Siri 67)

Iklan Jam

Iklan memainkan peranan penting dalam mempromosi jenama dan meningkatkan jualan jam. Pelbagai strategi dilaksanakan untuk memenangi hati pengguna antaranya melalui media massa, penajaan, duta produk dan lain-lain.

Pengaruh iklan memberikan impak besar kepada orang ramai. Mereka akan terdorong untuk memilih jam yang selalu dilihat atau ditonton berbanding produk jam berjenama lain.

Berikut adalah satu klip video iklan Seiko (dipetik daripada You Tube) yang memberikan "kesan" kepada saya.


**Selamat Tahun Baru 2018**

15 December, 2017

ARLOJI (Siri 66)

Casio World Time AE-1000W-2AVDF


Posting ini mengenai jam Casio AE-1000W-2AVDF. Model AE-1000W mempunyai "tujuh adik-beradik" (versi).






Jam dibeli terus daripada Lazada ketika Online Revolution 11.11.


Harga "hantaran dan mas kahwinnya" cukup membuatkan saya "teracun". Proses penghantaran parcel amat pantas iaitu sehari selepas pesanan. Bungkusan diuruskan oleh courier Lazada.


Case jam bulat dengan gabungan warna silver dan hitam.  Ukuran  case 48.1x43.7x13.7 mm. Paparan nombor serta text pada dail jelas dan besar. Total weight jam 40 gram. Item ini Thailand made.



Terdapat 4 butang tetapan untuk pelarasan iaitu adjust, light, search dan mode. Jam bersifat multifunction. Antara fungsinya ialah jam 12/24H, 5 alarms, full auto calendar (hingga tahun 2099), stopwatch, countdown timer dan semestinya world time with world map.


Keseluruhan jam menggunakan bahan resin kecuali penutup caseback. Cermin jam spherical glass patut dipakai dengan cermat bagi mengelakkan calar.



Battery life dianggarkan selama 10 tahun (CR2025). Water resistance jam ialah 100 meter.


Lampu produk ini jenis LED bercahaya amber. Tahap ketepatan masanya pula ±30 seconds per month.



Tali AE-1000W-2AVDF biru tua dan bercorak. Buckle berwarna hitam tanpa tulisan CASIO. Hanya pada bahagian belakangnya sahaja tertulis perkataan China. Jam sesuai untuk kaum Adam.

Buku manual

01 December, 2017

ARLOJI (Siri 65)

Seiko Clock QXA272G




Produk kali ini berbentuk bulat, kemas dan cantik. "Housing" depan berwarna gold brown dan belakangnya hitam. 


Dail jam menarik dengan gabungan colour putih, emas, krim dan hitam. Perkataan SEIKO dan nombor marker berhuruf timbul. Jam ini diperbuat menggunakan bahan plastic. Cerminnya pula daripada kaca.





Battery included

QXA272G menggunapakai enjin quartz SKP no (0) jewels dari Thailand. Sebiji battery AA diperlukan bagi menghidupkan jam. Jangka hayat bateri selama setahun.




Made in Thailand

Cara setting jam mudah. Dua helai kertas ada di dalam kotak bersama-sama jam untuk pengguna mengetahui lebih lanjut tatacara operasi produk. Tiada sebarang jaminan diberikan kepada item ini. Harganya berpatutan dan ia adalah original. Saya membeli Seiko QXA272G dari sebuah pusat beli-belah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.