15 January, 2020

ARLOJI (Siri 99)

Casio Baby-G BA-255WLP-7ADR Wildlife Promising



Baby-G yang ditampilkan ini adalah model kolaborasi. Kotak jamnya agak berlainan daripada kebiasaan dan terhad. Sarung kotak dipenuhi gambar pelbagai haiwan liar Afrika di samping logo bermotto LOVE THE SEA AND THE EARTH 2019.

Sumber daripada laman rasmi Casio



Item dibeli secara atas talian ketika promosi jualan Lazada 11.11. Seller berpengkalan di Puchong, Selangor. Cara pembungkusan barangan cukup cermat dan jam diterima dalam keadaan baik. Proses penghantaran cepat hanya mengambil masa dua hari dengan perkhidmatan kurier GDex.

'Wajah' jam berbentuk bulat dan cantik sesuai untuk kaum Hawa. Kemasan permukaan dail menarik walaupun ringkas. Produk bermotifkan burung  lilac-breasted roller (14 colour) tetapi didominasi oleh putih.

Lilac-breasted roller
(Sumber daripada laman rasmi Casio)



Jam quartz analog-digital ini tidak mempunyai jarum saat. Terdapat empat butang pelarasan fungsi di bahagian tepi case iaitu adjust, light, mode dan search. Sebuah 'kitab' tebal Casio modul 5593 dibekalkan sebagai rujukan.


Selain daripada menyukat waktu (world time), product ini turut dilengkapi tarikh, penggera dan stopwatch.


Movement jam buatan Jepun tetapi dipasangkan di China.


Cermin hadapan berkaca mineral dan rata. Lampu yang digunapakai bagi model ini berjenis neon illuminator (backlight LED).


Ada logo Wildlife Promosing pada caseback.

Ketepatan masa ±30 saat per bulan. Jam dihidupkan dengan kuasa bateri bersaiz CR1220 yang dijangka mampu bertahan selama 3 tahun.

Tahap kalis air BA-255WLP-7ADR ialah 100 meter. Berat penuh jam 33 gram.



Band dan buckle diperbuat menggunakan bahan resin. Pada tali tertulis perkataan WILDLIFE PROMISING.


Baby-G ini diperoleh dengan harga berpatutan serta dijamin oleh penjual selama setahun.

*Perkongsian
Keterangan lanjut berkaitan siri dan model kolaborasi ini boleh diikuti melalui pautan di bawah:

https://www.casio-intl.com/my/en/news/2019/0123_wat/

01 January, 2020

ARLOJI (Siri 98)

Aku dan Jam (Bahagian 9)

Kepentingan Masa


Syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan waktu dan dipanjangkan usia. Semoga umur yang dianugerahkan mendapat keberkatanNya.

Manfaatkan nikmat masa yang dikurniakan dengan sebaik mungkin.
  •  Masa muda sebelum tua.
  •  Masa sihat sebelum sakit.
  •  Masa kaya sebelum miskin.
  •  Masa senang sebelum sempit.
  •  Masa hidup sebelum mati.