01 April, 2019

ARLOJI (Siri 88)

Bonia BN969S


Ini bukanlah jam yang baharu. Saya telah membelinya beberapa tahun lepas dari salah sebuah butik Bonia di Kuala Lumpur.


Case BN969S berbentuk bulat. Bezel dan marker dihiasi batu Swarovski. Tarikh berada pada kedudukan pukul 3 dan 'berkanta'. Crown turut terselit di posisi ini.

Cermin jam pula berkaca sapphire. Model yang dipaparkan berteknologi quartz. Sebiji bateri diperlukan untuk menghidupkan jam.


Model ini berwarna keemasan. Akan tetapi caseback dan bahagian dalam bracelet masih menggunakan colour asal stainless steel.



Permata di tepi kerangka jam sudah banyak tertanggal akibat penggunaan.


BN969S dibeli dengan set lengkap berserta waranti. Namun, ketika artikel ditulis jaminan tersebut telah pun tamat tempoh.

Seingat saya, semasa pembelian item ini staf yang bertugas telah membungkusnya menggunakan kotak Tesoro. Ia merupakan satu bonus kerana pada waktu itu produk Tesoro merupakan model yang paling istimewa keluaran Bonia.


Tahap kalis airnya 5 ATM. Maklumat ringkas berkenaan jam ada di penutup belakang  case.


Tali jam solid dengan rekaan jubilee. Clasp produk kelihatan kemas dan menarik. Ada tulisan BONIA di atasnya.


Keseluruhannya, saya berpendapat jam tangan ini berseni dan cantik. Ia tergolong dalan kategori fashion watch.