Casio MQ-71-2BDF
Item yang saya ingin perkenalkan untuk kali ini diperolehi menerusi platform Lazada. Cara pembungkusannya kemas dan tiba dalam masa kira-kira 2 hari sahaja.
Model MQ-71-2BDF bergaya military. Ia bersaiz kecil sangat sesuai bagi kanak-kanak.
Case jam bulat berukuran 35mm. Marker pula menggunakan sistem nombor 24 jam berwarna biru. Jam dalam siri MQ-71 dikeluarkan dengan 3 pilihan warna (marker) iaitu white, blue dan orange.
Jam ini buatan China tetapi berinjin Jepun (Japan movement).
Jam ini buatan China tetapi berinjin Jepun (Japan movement).
Dail jam gelap manakala jarumnya bersalut lume cerah pada waktu malam. Ia tiada paparan tarikh atau hari.
Jam analog 3 hands (hour/minutes/second) ini berteknologi quartz. Jangka hayat bateri sekitar 3 tahun. Setakat apa yang saya ketahui, ketahanan battery turut bergantung kepada cara penggunaan jam tersebut. Tahap kalis air 5 ATM.
Tali jam hitam daripada resin. Buckle plastic dan "gelang getah" tertulis perkataan CASIO.
Produk ini dijamin selama 6 bulan (supplier warranty). MQ-71-2BDF ini menyerupai "abangnya" MW-240-2BV yang bersaiz lebih besar.