22 September, 2022

ARLOJI (Siri 142)

Rado DiaStar R12306303

Alhamdulillah. Rado yang saya tampilkan turut dikenali sebagai The Original.



Case berbentuk oval dengan ukuran diameter 27.3 milimeter. Ketebalan case 9.5 milimeter. Kerangka Rado DiaStar model R12306303 berbahan hardmetal

 
Dail jam analog 3 jarum ini ringkas tanpa lambang sauh. Hanya ada tulisan RADO DIASTAR. Marker pula ditatah batu permata sebanyak 11 ketul.




Jam tangan untuk perempuan ini berwarna emas. Berat keseluruhan jam ialah 65 gram.


Cermin jam bersegi diperbuat daripada kaca kalis calar. Crown berlogo sauh berada di posisi kanan manakala tanggal pada pukul 6.


Injinnya berjenis quartz menggunakan sebiji bateri. Menurut staff yang bertugas di outlets KLCC, bateri yang terpasang pada jam mampu bertahan selama dua hingga dua setengah tahun. Beliau mencadangkan saya untuk terus ke pusat servis sekiranya ingin menukar bateri.


Tahap kalis airnya 30 meter. Perkataan SWISS MADE ada di bahagian bawah dail dan caseback.


'Rantai' jam daripada stainless steel. Sisi clasp ada perkataan THE ORIGINAL.


Jam dijamin selama dua tahun. Saya membeli produk ini pada harga yang berpatutan. Pada pemerhatian saya, harga jam tangan keluaran Rado semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kadar diskaunnya pula semakin sedikit.

Sila tekan pautan di bawah untuk membaca artikel lain tentang Rado.



No comments:

Post a Comment